Thursday, March 29
Siakap Tiga Rasa
Siakap 3 rasa.. nyummm...nyummmm.. aku ni mmg jns pemilih bab mkn. hehehe.. ikan pun x semua ikan aku suka. But siakap mmg peberet! Kalau g mkn seafood kt Sabak Awor, siakap 3 rasa mesti kitaorg order. Last week ms pantau pasar Yong Peng, tertengok plk siakap yg x bpr bsr. Uncle tu kasi discount rm8 je sekor. Trs beli la... hihihi.. Okay, ni resepi ikan siakap 3 rasa. Aku amik dr bbrp sumber. Tp x igt dah amik kt mana. Resepi ni aku combine kan drp sumber2 yg aku rs bhn2 nya mampu memuaskan tekak cerewet aku ni. Hehehe...
Bahan-bahan:
Ikan siakap
kunyit
garam
2 sdb tepung jagung
1 sdb tepung beras
1 sdb tepung pulut
minyak
Bahan Kisar:
5 tangkai cili kering
3 bj bwg kecik
3 bj bwg putih
Bahan Lain:
Bahan A:
2 sdb sos cili Thai
1 sdb sos cili
1 sdb sos tomato
1 sdb sos plum
1 sdb sos ikan / kicap
1 sdb sos tiram
Bahan B:
3 tangkai cili api - hiris halus
daun ketumbar
1 keping nenas - potong kecik
garam dan gula
Cara buat:
Lumurkan ikan dengan tepung jagung, tepung beras, tepung pulut, kunyit dan garam. Perap 10 minit, kemudian goreng garing. Angkat dan ketepikan.
Tumis bahan kisar hingga naik bau. Masukkan bahan A dan kacau rata. Didihkan kejap. Masukkan cili api dan nenas. Tumis kejap, lps tu masukkan garam dan gula secukup rasa. Hias dengan daun ketumbar.
Thursday, March 22
Steamed Boxing Curry Chicken

Dah dekat seminggu beli drumsticsk ni.. blank nk msk ape.. asik nk goreng je, boring lak kan. Tringat satu ketika dulu pnh tertengok satu entri kt blog cik Diana resepi chicken drumstick ni. So, jenguk2 blk kt ctu.. di jumpakan semula dgn resepi ni. okay, x yah citer bnyk.. kt bwh ni resepi nye ye.. resepi yg simple dan sedap! Mcm menu mknn sihat pn ada. Sbb ayam nya di kukus n kari nya tanpa santan.. Pd yg tgh diet, nk cuba kelainan.. boleh cuba resepi ni.
Sumber : Diana
Bahan² A
8 keping kepak ayam / 4 keping drumstick
15 gm halia _ dihiris halus
3 biji cili padi _ diketuk sedikit
2 tangkai daun kari
80 gm bawang merah _ dihiris
300 ml air
Bahan² B ( Dicampurkan )
3 tbsp serbuk kari
1 tsp serbuk kunyit
100 ml air
Bahan² C
1 tsp garam
1 tsp gula kastor
50 gm gula melaka
Bahan² Perap
1/2 tsp garam
1/2 tsp serbuk kari
1/2 tsp serbuk kunyit
1 tsp tepung jagung
2 tbsp air
1 tbsp minyak bawang goreng
Cara²
8 keping kepak ayam / 4 keping drumstick
15 gm halia _ dihiris halus
3 biji cili padi _ diketuk sedikit
2 tangkai daun kari
80 gm bawang merah _ dihiris
300 ml air
Bahan² B ( Dicampurkan )
3 tbsp serbuk kari
1 tsp serbuk kunyit
100 ml air
Bahan² C
1 tsp garam
1 tsp gula kastor
50 gm gula melaka
Bahan² Perap
1/2 tsp garam
1/2 tsp serbuk kari
1/2 tsp serbuk kunyit
1 tsp tepung jagung
2 tbsp air
1 tbsp minyak bawang goreng
Cara²
- Kerat bahagian hujung dan tarik isinya ke bawah ( buat boxing chicken stalks ).
- Perap ayam bersama bahan² perap selama 20 minit.
- Panaskan 5 tbsp minyak dan goreng bawang merah menjadi bawang goreng.. Angkat dan ketepikan.
- Tinggalkan 3 tbsp minyak dan masukkan halia, bahan² B dan daun kari.. Tumis sehingga wangi.
- Kemudian tambahkan air dan biarkan ianya mendidih.
- Masukkan cili padi dan bahan² C... Renih selama 5 minit di atas api kecil.
- Susun ayam di atas pinggan dan tuang curry gravy di atasnya.
- Kukus ayam selama 25 minit atau hingga ayam masak.
- Angkat dan taburkan bawang goreng semasa menghidang
Subscribe to:
Posts (Atom)

