More Pics @ MySpaceAntics.com
More Pics @ MySpaceAntics.com


Showing posts with label Cake and dessert. Show all posts
Showing posts with label Cake and dessert. Show all posts

Friday, July 20

Rich Cocoa Pudding

Rich cocoa pudding..ramai plk yg mntk resepi bila aku pos pic ni kt fb.. okay, resepi nye simple n x ssh mn pun.. lg2 bln puasa ni, dessert yg sgt sedap di mkn ms berbuka.. :)

Sumber : my resepi

Bahan-bahan ( 1 loyang sederhana besar )

1/2 cawan serbuk koko
1 cawan gula
1/2 cawan susu tepung
1/2 sudu teh garam
4 1/4 cawan air
4 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh esen vanilla
3 sudu besar butter
1 paket serbuk agar2 (10-11gm)

Cara-cara
Campurkan semua bahan kecuali butter dan kacau selalu hingga mendidih.Masukkan butter, kacau hingga pekat.Angkat dan masukkan kedalam loyang atau acuan yg disukai..

Nota tambahan: Basahkan loyang dgn air sebelum adunan dimasukkan ke dlm loyang. Ini utk memudahkan puding dikeluarkan drp acuan.



Monday, June 11

Banana Chocolate Cake



Sebelum assemble jadi kek...
Kek yg best!!!mcm eskremmm.. ;)

Assalamualaikum.. dr yg aku baca dr sumber yg aku cedok ni.. ramai yg ckp rasa dia sebijik cam yg kt Secret Receipe.. makcik pnye la pk pnjg nk wt kek ni.. x tau nape.. mood kemalasan kot melanda.. hehehee.. Pisang pnyer la excited dah beli 3 4 hari.. dh naik layu aku tengok.. hehehee.. bnyk ngap masuk mulut sndri.. kek nye x jadi2 jgk.. hahahaa.. Finally, blk kampung.. mak aku offer nk kasi pisang kapas yg kt halaman umh. Test mkn.. fuuhhh.. manis yg amat pisang kapas ni.. Blk dr umh mak aku, trs dtg smgt nk wt kek ni. Ekceli, kek ni x la susah mana pun. Ikut cara dia step by step, insyallah menjadi.. Okay, ni resepi nye. Aku amik dari myresepi.com jek.. kalau x silap sumber asal dr citarasawan.

SUMBER : my.resepi & citarasawan



Bahan-bahan ( Loyang 8’ bulat)
Chocolate Chiffon
 Bahan A
  • 30gm serbuk koko (larutkan dgn 120ml air suam)
  • 4 biji kuning telur (telur diasing putih dan kuning)
  • 100gm gula kastor
  • 130gm tepung naik sendiri
  • 1/2 tsp baking powder
  • 1/2 tsp soda bicarbonate
  • 60ml mentega (dicairkan)/minyak jagung
  • 1 tsp esen vanila

Bahan B
  • 4 biji putih telur
  • 60gm gula kastor
  •  1/4 tsp cream of tartar
Kek Filing
  • 400ml whipping cream (manis)
  • 100gm coklat masakan (dicair secara double boil)
  • 1 1/2 tsp serbuk kopi segera/nescafe(larut dgn 1 tbsp air panas)
  • 1 tbsp gelatin halal (rendam dgn 40ml air dan cairkan secara double boil hingga larut)
  • 6 biji pisang berangan (dihiris nipis)

Coklat Ganache/Frosting
  • 140ml UHT whipping cream (tawar)
  • 350gm coklat masakan
  • 1 tbsp mentega (optional)
Cara-cara
  1. Panaskan oven pada suhu 180C.
  2. Satukan bahan A dan pukul hingga kembang menggunakan high speed.
  3. Di dalam mangkuk lain pukul bahan B (putih telur) hingga kental guna high speed.
  4. Satukan bahan A ke dalam bahan B secara kaup balik. Tuang ke dalam loyang 8" dan bakar selama 40 minit atau hingga masak.
  5. Angkat dari loyang dan telengkupkan kek di atas redai biarkan betul-betul sejuk baru di potong kepada 3 atau 4 lapisan.
  6. Kek Filing : Pukul whipping cream hingga kembang dan bertanduk guna high speed. Masukkan esen vanila, coklat cair, larutan kopi dan gelatin, pukul hingga sebati.
  7. Sapu krim filing di permukaan kek, atur hirisan pisang dan sapu krim lagi menutupi hirisan pisang tadi. Buat yang sama untuk semua lapisan.
  8. Apabila habis, sapu nipis krim keseluruh kek, masukkan di dalam peti sejuk (30 minit).
  9. Coklat Ganache : Panaskan whiping cream secara double boiler, masukkan coklat masakan dan mentega, kacau hingga cair. Biarkan sejuk pada suhu bilik.
  10. Keluarkan kek dan letak di atas redai dan tuangkan coklat ganache.
  11. Hias mengikut citarasa, simpan di dalam peti sejuk biar coklat mengeras baru dipotong
  12. Tips : Basahkan loyang sebelum di masukkan adunan kek supaya sng dikeluarkan 

Monday, March 5

Kek Keramel Pelangi

Santek kan kek keramel ni???? ;p (angkat bakul sendrik!!)

Bertemu lg di petang isnin yg indah. Ptg yg sejuk dan nyaman. Nak citer, pg td hujan yg sgt la lebat (arrgghhh.. klu la x keje arini, dah tarik slimut dah..) Oleh krn takut jem, makcik ni kelam kabut kuar dr umh seawal yg mungkin. Tp hasil nyaa... NAH!! AKU TERTINGGAL KUNCI UMAH kt dlm umh!! Merayu kt hubby mintak antr kunci umh sbb lap top n charger handphone tertinggal kt umh.  Incek hubby dek krn syg kt bini, sanggup jgk drive 25km dari Parit Sulung balik umh antr kunci. Hehehehee.. Tq bie! Oleh sbb nk bls budi baik incek hubby yg sangguo bekorban apa saja utk bini nya yg mengada2 ni.. maka  ptg ni blk keje janji nk wt kan meatball spagetti best in da werld utk dia.. hihihi..

Okay, citer psl ujan dah sudah. Ni blk smla citer psl kek keramel ni. Ekceli kek ni aku buat ms cuti hari Sabtu lps. Incek hubby ajak ride nek mtr g Genting sempena Genting Bike Festival. Tp mengenangkan baju yg berlambak2 ats katil mcm gunung berapi nk meletup tu..(x sempat lipat dr blk dr Phuketlg..) aku dgn ikhlas menolak. Maka incek hubby wt la solo ride ke sana. Then, lps siap kms umh, ptg2 dah blank nk buat ape. Terpandang resepi ni kt ats meja yg dah 2 3 minggu aku print. Rs yakin x yakin jgk nk buat. Tp sbb ada free time n dr dok melangok dpn tv asyik lyn citer Korea, hihihi.. baik aku merajin2 kan diri kt dapur. So, terhasil lah kek keramel yg best ini! tq so much to kak Azlita  yg sudi berkongsi resepi yg teramat laaa sedap!! Siap tunjuk step by step lg. Alhamdulillah, rs cm nk nangis tgk kek yg sgt cantik kuar dr oven ku!!


KEK KERAMEL

Gula Hangus

2 sudu besar gula pasir

Sediakan loyang 8 inc.
Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan.
Biar gula hancur dan warna tukar jadi perang.
Ratakan gula dgn menyenget2 kan loyang kiri dan kanan
Biar gula sejuk. Gula yg sejuk ni akan keras dan akan retak2 dan berbunyi spt kaca pecah bila dah keras.
Ketepikan

Bahan Karemel
1/2 tin susu cair
70g gula castor
1/2 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur

Kacau susu dan gula hingga gula larut.
Kacau telur dan esen perlahan.
Satukan kedua2 bahan dan kacau rata perlahan aje.
Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi.
Ketepikan.
Kalau nak dapatkan lapisan karemel yg tebal gandakan sukatan susu dan kuning telur.
(Adunan ni tak perlu di bakar dulu ye! kita akan bakar adunan ni bersama adunan kek nanti )

Adunan Kek Bahan 1
70g gula kastor
3 biji telur kuning
135ml air
45ml minyak masak

Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih.
Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.
Adunan Kek Bahan 2
140 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder

Matikan  mixer dan masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak
Masukan  sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna.
Ketepikan.
Merinque 
6 biji putih telur - pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning
70g gula castor
1 sudu teh krim of tar2

Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering
Pukul putih telur hingga berbuih
Masukkan gula dan tatar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. kalau kita terbalikkan loyang adunan putih telur tu tidak jatuh
Masukkan 1/3 bahan meringue ke dalam adunan tepung tadi.
Gaul rata secara kaup balik
Kemudian masukkan semua baki adunan meringue dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.
Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yg sama banyak.
Letakkan pewarna yang anda sukai.
Kemudian tuangkan adunan kek ni ke atas lapisan karemel tadi.
Belang- belangkan adunan
Tuang 3 sudu lapisan pupple, kemudian 3 sudu lapisan pink di tengah-tengah lapisan purple. Kemudian tuangkan pula  3 sudu lapisan biru di tengah-tengah lapisan pink.
Buat begini sehingga 3/4 adunan, kemudian buat pula cara yg sama dgn 2 sudu pula.
Akhir sekali dengan satu sudu.
Lorekkan atas adunan dengan lidi.
Panaskan oven terlebih dahulu. Panaskan pada suhu 170 C terlebih dahulu. Bila dah masukkan kek dalam oven ita tukar pada suhu 160C.
Gunakan api bawah sahaja.

Kaedah Steam Bath
Tuangkan air panas dalam loyang yg lebih besar dari loyang kek tadi.
Letakkan loyang yg berisi kek dalam loyang yg berisi air panas tadi
Letakkan pada rak bawah dalam oven.
Bakar kek pada suhu 160 C dengan api bawah selama 1 jam atau sehingga kek benar-benar masak.
Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama.
Selepas masak biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi loyang.
Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri.
Potong kek bila ia benar-benar telah sejuk.
Simpan kek dalam peti ais untuk tahan lebih lama.
Kek ni juga sedap di makan dikala sejuk.
Kejadian kek yg sempurna!!!yipppieeee!!!! (lompat sorang2 kt dapo..)


 Note : should try this cake!! hehehheee..

Monday, February 20

Peach Cake..



Assalamualaikum.. kek ni di buat ms weken lps. Bosan thp gaban, maka makcik pun selongkar2 pantry. heheheee.. tgk dlm fridge ada plk belen buah pic. Trs tringat risalah2 resepi yg mak aku kumpul (pastu aku rembat bwk blk umh. Ada resepi kek buah pic.. mcm menarik dan tertarik, langsung ku capai bhn2 dlm pantry dan trs memulakan operasi. Hehehehee.. Okey, ni resepi nya ye..


Resepi Sponge Cake: (Dlm mjlh dia srh pki sponge cake mix, tp aku dgn rajin nya wt sndri..)

Sumber: Creative Cake Decorating

Ingredients and cake tin sizes:
Round tin sizes 6 inches 8 inches 10 inches 12 inches
Square tin sizes 5 inches 7 inches 9 inches 11 inches
Self raising flour 65g 130g 260g 520g
Baking powder 1/8 tsp 1/4 tsp 1/2 tsp 1 tsp
Eggs (separated) 2 4 8 16
Cream of tartar 1/8 tsp 1/4 tsp 1/2 tsp 1 tsp
Salt a pinch a pinch a pinch a pinch
Castor sugar 90g 180g 360g 720g
Butter (melted) 30g 60g 120g 240g
Water 30 ml 60 ml 120 ml 240 ml
Vanilla essence 1/2 tsp 1 tsp 2 tsp 4 tsp



Method: Preheat oven to 170 degrees Celsius.

Sift flour and baking powder 3 times. Leave aside.

Whisk egg whites with cream of tartar and salt until stiff peaks are formed. Add sugar and continue whisking until stiff peaks form again.

In a separate bowl, beat egg yolks with melted butter, water and vanilla essence. Fold into the egg whites and combine well.

Finally fold in the sifted dry ingredients and pour batter immediately into a cake tin lined with greaseproof paper. Bake the cake for approximately 30 – 40 minutes. The cake is done when the top springs back when lightly pressed.

Remove cake from oven and let it cool completely before decorating it.





Okay, ni resepi utk filling nya pulak..

Sumber : Majalah Wanita

Bahan-bahan:
1 tin buah pic
3 bj kuning telur
100 ml susu segar
100 gm gula
1 sdk esen vanila
30 gm gelatin
60 ml air panas
500 ml whipping cream - topping pride
100 ml heavy ceam

Cara-cara:
Cair kn gelatin dgn air panas dan ketepikan.
Dgn menggunakan sauce pan, masak susu dan masukkan kuning telur. Kacau rata.
Masukkan gelatin, gula dan esen vanila. Masak hingga pekat. Angkat dan sejukkan.
Dalam mangkuk besar, pukul whipping cream dan heavy cream hingga kental. Campurkan bhn2 yg dah di sejukkan tadi. Gaul rata.
Masukkan sebentar dlm fridge dlm 1 jam utk mengeraskan adunan.

Cara assemble kek:

Belah kek menjadi 2 bahagian.
Susun buah pic ats kek dan tuang kan whipping cream ats buah pic. Tindihkan dgn kek satu lagi.
Sapukan whipping cream di ats kek dan keliling kek. Hias lg dgn buah pic. Nak lg sedap, masukkan kejap lg fridge dlm sejam.. Pastu, ape lg.. NGAPP laaaa!!hehehehehee..

Tuesday, February 14

Moist Chocolate Cake With Chocolate Ganache


Kek ni bos aku oder.. pdhal yg aku bwk sample g opis red velvet, tp dia nk moist choc cake plk.. hihihi.. cari pnye cari dgn bersumber kn 'otai2' blogger yg aku rs msk thp masterchef.. maka dijumpekan aku dgn resepi ni. Aku pilih resepi ni dr suara hati jek! hahahahaa.. ada jgk bbrp resepi lain yg aku jumpe, tp bila pertama kali terpandang..hati aku berkata, this is the cake i was looking for! Alhamdulillah, bos bg komen positif! dia kata next time dia nk oder lg.. ;) n aku sndri rs kek ni.. bile kek ni di masukkan ke dlm mulut, terasa spt ada rama2 berterbangan! Mcm tu la indah nye perasaan bile mkn kek ni tau! hehehehee..



Okay ladies.. kek ni aku amik drp resepi kak zai yg menggabungkan resepi drp sumber2 lain. Tq so much kak zai for this yummylicious cake receipe!

Bahan A - diayak
2 cwn tepung gandum
1 cwn serbuk koko
1st bpowder
1st soda bicarbonate

4 biji telur
2 cwn gula halus - aku guna 1 1/2 cwn
1 cwn susu pekat
1 cwn minyak sayuran
1½ cwn air panas mendidih

 Cara
1. Pukul gula + telur = kembang (high speed)
2. Masukkan susu pekat } medium speed
3. Masukkan minyak }low speed
4. Masukkan bhn A sedikit demi sedikit } low speed
5. Masukkan air panas dlm adunan tadi (part ni tak perlu pukul just ratakan ngan senduk kayu)
6. Bakar 40-45’ - aku bg 2 adunan (cake tin 9' inci)

Chocolate ganache
200gm Whipping cream
300gm cooking chocolate - aku guna Beryl's Dark Chocolate
1 sdb butter / majerin
2 sdb madu

Masak whipping cream dgn api sederhana sehingga keluar buih
Masukkan cooking chocolate yg telah dipotong kecil2..
Kacau sehingga sebati..
Masukkan madu dan butter..tutup api & kacau lg ...

TAMBAHAN DARI AKU: kalau x nk bubuh pun x pe..
Cake Frosting :   Frosting ni aku ltk in between cake (kalau wt kek 2 lapis cm aku) n top of the cake - utk dapatkan permukaan yg licin. Sbb klu terus tuang choc ganache yg cair tu, rupe kek m.be x bpr cantik.


Sumber : Beantown Baker

Dark Chocolate Frosting
6 Tbsp butter
2 tsp vanilla extract
3 cups powdered sugar
3/4 cup dark cocoa powder - i used 3 tbs chocolate emalco
1/3 cup milk - i used Anchor Whipping Cream

Cream butter and vanilla.

In a separate bowl, combine powdered sugar and cocoa powder. Add dry ingredients to creamed mixture.

Slowly add milk until frosting reaches desired consistency, then beat another 5 minutes creamy.


Cara Assemble Cake


1) Sapu rata chocolate frosting di ats kek no1, kmdn tindihkan dgn kek yg ke2. Sapu rata chocolate frosting di ats kek yg ke 2 td. Lebihan coklat frosting boleh lah di sapu rata di bhgn tepi sekeliling kek.
2) Tuang kan 1/2 adunan chocolate ganache di ats kek. Ratakan. Masukkan dlm peti ais semalaman.
3) Lebihan yg lg1/2 chocolate ganache (utk hiasan) perlu di sejukkan semalaman - hingga keras. Bile dah keras, boleh lah di masukkan ke dlm piping bag dan pipe kn ikut deco yg korang suke..

Sekian, terima kasih...

Wednesday, February 8

Sticky Dates Cake With Hot Toffee Sauce

Nama kek ni kalo melayu nye.. kek kurma. Klu ikut omputih nye Sticky Dates Cake. Kek ni mmg nk kna ada kwn dgn Toffee Hot Sauce. Br lg 'feel'.. hehe. Okay, ekceli kek ni aku buat utk mama aku. Aritu ms aku buat brownies utk guest dtg umh tp x dpt kasi dia sbb aku buat x bnyk. So, aku janji nk buatkan kek lain utk dia. Org tua ni bkn suke sgt kek coklat yg berkrim2 tu kan. So, kek kurma ni mmg the best choice la kot. :)

Kek ni manis jgk. Manis sbb pakai kurma n brown sugar. Kalau rs x suka manis sgt, kurang kan brown sugar ye. Resepi kek ni aku amik dr pelbagai sumber. Combine amik sana sikit, sini sikit.. so terhasil la kek kurma ni.




Sumber: Edible Garden  &  taste.com.au

Ingredients:
3/4 cups pitted dates
3/4 cups water
2 tsp vanilla extract
1/2 tsp baking soda
1/4 cup unsalted butter, softened (room temp)
3/4 cup firmly packed brown sugar
2 eggs
2 cups of raising flour
1/4 tsp cinnamon powder
1/4 tsp nutmeg powder
A pinch of salt

For Hot Toffee Sauce:
1/4 cup firmly packed brown sugar
1/2 cup thickened cream
2 tbsp unsalted butter, softened (room temp)
2 drops of vanilla extract

Step One
Pre-heat oven to 350F / 180C. Grease a springform cake pan or a normal round cake tin with butter.

Step Two 
In a saucepan, simmer dates in water and vanilla until they are soft and almost mushy (about 10-20 mins). Remove from heat and stir in baking soda. The mixture will foam a bit. Mix well and set aside to cool completely.

Step Three
In a bowl, cream butter with brown sugar until fluffy. Blend in eggs and then fold in flour, baking powder and salt. Then add the dates and mix until well combined.

Step Four
Then add the raising flour, cinnamon and nutmeg and mix until well combined. Pour into prepared cake pan.

Step Five
Bake for 40-50 mins, until a skewer inserted into the cake comes out clean. If the cake has crowned, cut off the top until the cake is level.

To Make Hot Toffee Sauce
Bring brown sugar, cream and butter to a gentle boil and let simmer for 5-7 mins until the mixture thickens. Remove from fire and stir in vanilla. Set aside.


Once the cake is done, when its still warm, poke holes with a skewer and pour the sauce over, allowing the cake to absorb it. Serve slightly warm or at room temperature.

Do yourself a favour and bake this NOW. Don't miss out the toffee sauce, the cake will definitely not taste as good without it.
   

Friday, February 3

Pot..pet..pot..pet.. brownies again (Chocolate Fudge Brownies..)

1st pic

Assalamualaikum.. ms menulis blog ni aku kt opis. Turn keje hr minggu. Sementara tggu budak2 ni anta report, makcik sempat2 kan menulis..hihihi.. Okay, tajuk kita pd kali ini adlh Chocolate Fudge Brownies. Hmm..bercerita psl brownies ni, mmg sronok.. sronok sbb nk citer pengalaman2 lps aku yg dh bbrp kali wt percubaan buat brownies ni. Aku x minat brownies yg cake alike.. Aku suke brownies yg fudgy inside but the crust crispy outside.. Tgk dia pnye crust, mcm crack lava gunung berapi!! ;p Mcm pic ni.. klu yg x familiar, tgk brownies aku ni cm slh resepi jek.. hahahahaa.. but for me, this is the perfect brownies look..

Sblm ni, aku pnh citer.. bbrp kali percubaan buat brownies menemui kegagalan. X pts asa, aku trs cari dan mencari teknik wt brownies yg terbaik. Nak wt brownies pun kna wt homework dulu tau.. hihihi.. korang tgk pic kt bwh ni. Ni rupe brownies dgn resepi yg sama dgn brownies kt ats ni.

 2nd pic

Nampak beza kan?? Brownies aku yg ni, rupe mcm kek biase jek..:( sbb frust x dpt rupe yg aku nak, aku tabur gula icing..huhu.. tp ni ms awl2 percubaan dulu.. Skrg bile dah tau teknik yg betul.. makcik sgt gembira dgn hasil nye ok..  So utk dpt brownies crust mcm pic brownies yg 1st tu, aku dah pnh membebel kt entry brownies yg sblm ni.. x yah membebel bnyk2, kt bwh ni aku bubuh resepi nya ye..

Bahan-bahan:
170gm dark chocolate
6 sdb unsalted butter
1/4 cwn serbuk koko
2 bj telur
1 cwn gula castor
3/4 cwn tepung gandum
1/2 sdk garam
1 sdk baking powder
1 sdk esen vanilla
9' inch x 9' inch baking pan
kertas minyak


Cara Buat:
Panaskan oven 180 celcius.
Alas kan baking pan dgn kertas minyak.
Cairkan dark chocolate, butter n serbuk koko secara double boiler. Ketepikan.
Dalam bekas lain, pukul telur dan gula. Masukkan esen vanilla dan garam (gunakan hand mixer).
Masukkan coklat yg dicaikan td (gunakan senduk kayu je).
Masukkan tepung, baking powder (gunakan senduk kayu jgk. Gaul sekadar sebati).
Masukkan dalam oven. Bakar selama 30 - 40 minit.
Sejukkan ats cooling rack. Potong ikut bar yg di sukai.

Layan lg pic yg menggegarkan tekak kt bwh ni ek.. ;p


Saturday, January 7

New York Style Strawberry Cheesecake





Tgk pic kt ats ni..hehehee..saje je kan wt org terliur...cheese cake ni mmg baked..bkn chilled cheese cake yg slalu aku wt tu..utk resepi aku copy paste dr cni.Ada sket adjustment yg aku wt utk menyesuaikan dgn tekak ku..hihi..


Ingredients
Crust:
1/4 cup unsalted butter, melted
1-1/2 cups graham cracker crumbs - i used Digestive Biscuits / Oreo crumbs
Filling:
1-1/2 cups granulated sugar
500gm cream cheese, softened
1/2 cup heavy cream - (i used Paul's Thickened Cream)
3 eggs
1/4 cup all-purpose flour
1 cup sour cream - if u dont have sour cream, u can use plain yogurt as sour cream's substitute
1 tsp vanilla

Directions:
1. Preheat oven to 180 degrees C.
2. Grease sides of a spring form pan.
Crust Directions:
1. In a large bowl, combine butter and graham cracker crumbs. Press into bottom of pan and freeze.
Filling Directions:
1. In a large mixing bowl, beat sugar and cream cheese on medium-high speed for 3 minutes.
2. Blend in cream. Add eggs, one at a time, mixing well after each egg is added.
3. Mix in sour cream , flour and vanilla until smooth. Pour the filling batter over the crust.
4. Bake for one hour in preheated oven. Turn oven off and let cake cool in oven for about 5 hours.
5. Refrigerate for at least 4 hours before serving.

Strawberry Topping:
200gm fresh strawberries
1/2 cup sugar
2 tbs lemon juice
1 cup plain water

1) Cut strawberries into small pieces.
2) In a sauce pan, put a strawberries, sugar, lemon juice and plain water together.
3) Cook and stir until the strawberries crushed and melted (as my pic above)..

Friday, December 16

Brownies..



hmmm..bercerita psl brownies ni..resepi mmg senang..tp perlukan sedikit teknik..teknik utk dpt kn crust yg shinning n sikit pecah2 tu mmg susah woo...huhuhuu..klu x wt teknik ni..mmg kuar dr oven rupe dia mcm kek biase..okeyy...i reveal the secret..rahsia nye..ms masuk kn telur tu..pukul telur dgn gula sampai kembang..at least pkl selama 10 minit..pukulan telur tu penting sbb telur yg dipukul tu la yg akn jd kn crust yg cantik..den br la cmpur kn dgn bhn2 lain..utk brownies ni..bile dh msk kn bhn lain..jgn overdo..cukup sekadar adunan nya mesra..mesraa giteeww...hehehee..sbnr nye klu ikut brownies expertise bnyk lg teknik lain yg digunakan..cth nya; bila brownies yg dh kuar dr oven akn di ltk kn di ats ais utk stop dia pnye heat..(utk dpt kn brownies yg fudgy n gooey)..ada yg biarkan semalaman sblm di potong utk dpt kn brownies shape yg perfect..cam aku ni..lps kuar oven x menyempat2 nk potong..golojoh!!hahahahaha..so..aku br wt teknik pukul telur je..teknik len2 tu..nnti la..(bkn aku nk jual brownies pon!!)..saje bg cbrn pd diri sndri je..





Bahan-bahan:
2 bj telur
3/4 cwn butter
1/2 cwn tepung
1/2 cwn gula perang
1/2 cwn gula halus
1 sdk esen vanilla
1/2 sdb baking powder
1/2 sdk garam
cake pan ukuran 8x8inch
kertas minyak

Cara Buat:
Ukur kertas minyak dan masukkan ke dlm cake pan. Lebih kn bhgn tepi (sng nk keluarkan brownies bile dah msk). Cair kan butter dlm sauce pan. Ketepikan. Dalam mangkuk besar, pukul telur dgn esen vanilla,  gula perang dan gula halus hingga kembang, pukul sekurang2 nye 10 minit. Aku prefer pukul secara manual (guna ballon whisk),blh wt senaman tgn..hihihii..klu x larat, blh guna hand mixer je. Okey, seterusnya..masukkan butter yg dah di cairkan td. Lepas tu masukkan bhn2 kering spt tepung, baking powder dan garam. Gaul bahan kering td dgn guna spatula atau senduk kayu (jgn guna mixer yerr..). Gaul setakat adunan sebati, jgn overmix. Lps tu boleh la di masukkan ke dlm bks kek. Bkr pada suhu 180-200..utk brownies suhu lebih tinggi di perlukan. Bakar antara 20 - 25 minit je..(tgk bile permukaan dah msk) trs je kuarkan..x yah cek pki toothpick sbb brownies yg sedap dia nmpk gooey n fudgy dgn crispy di bhgn ats nye..yummy!!

Wednesday, November 16

Mango Panna Cotta

Puding yg sgt enak di mkn wktu musim pns..sgt refreshing..mlm td aku wt utk anniversary dinner..mintak permission copy receipe dr sini . Puding yg harus di cuba!!



Ingredient:

7 grm gelatin (1 packet) + 3 tbsp of water
2 ½ cups full cream milk
1/4 cup sugar
1 tsp vanilla
1 ripe mango – cut into small cubes or puree

1. Mix the gelatin and water together and set it aside to bloom.
2. Put the milk and sugar in a saucepan, cook over low medium heat until bubbles form around the edges of the saucepan.
3. Remove from heat and add in the vanilla and stir in the gelatin. Stir until the gelatin dissolved.
4. Pour the mixture into six ramekins or cups. At this stage you can add in some cut mango and refrigerate until set or you can serve it with some mango puree. 

Tuesday, November 8

Red Velvet Cupcakes



Jumaat lepas..balik keje keboringan la pulak..brangan nk buat kek..pastu korek pnye korek entry org kt kongsiresepi tertengok plak entry buat red velvet cupcakes..lama dah nk wt red velvet cupcakes ni..blm ada keberanian jek..last2 pk pnye pk..pastu jenguk pantry..brg2 semua ada..trs jek ON..x pk pnjg lg dah..tp sumber yg aku tengok tu dr sape..x igt lak..haishhh..mintak sorry ek..puas dah aku cari resepi tu blk..tp x jmpe lak..huhu..aku pilih resepi dia sbb sukatan utk wt cupcakes tu guna separuh je..so..x de la berlambak cupcakes aku nnti..bkn kedekut nk kasi org..tp takut x jd cm wt macaroon aritu..huhuhuu..

* Sukatan ni dpt hasil kan lbh krg 10bj cupcakes..

Bahan A:
125gm tepung gandum
1/4 sdk baking powder
1/4 sdk garam
10gm serbuk koko
* Semua bahan ni diayak bersama

Bahan B:
60gm mentega
150gm gula caster
1 bj telur
1 sdk esen vanilla

Bahan C:
120ml buttermilk (kalau x de, susu segar di campur 1 sdb cuka dan biarkan selama 15minit)
2sdb pewarna merah

Bahan D:
1/2 sdk cuka
1/2 sdk baking soda

Untuk Cream Cheese Frosting:
110gm cream cheese
1/2 sdb esen vanilla
30gm gula icing
80gm whipping cream
*Pukul semua bahan ini sehingga kembang.

Cara buat:
  • Pukul bahan B hingga kembang
  • Campurkan buttermilk dgn pewarna merah
  • Masukkan bahan A selang seli dgn bahan C. Bahan A mesti awal dan akhir (A - C - A - C -A)
  • Kaup balik adunan
  • Campur cuka dengan baking soda. Biarkan berbuih. Cepat-cepat masukkan dalam adunan kek
  • Tuang adunan ke dlm mangkuk kertas
  • Bakar pada suhu 150 celcius selama 30 - 40 minit. 
  • Bila kek sejuk, boleh hias dgn cream cheese frosting.






Lepas jek rasa red velvet cupcakes ni..suddenly jatuh cinta la plk!!sedap wooo..dia pnye tekstur mmg moist..ada rs coklat n creamy2 sket..dlm ms terdekat ni mmg nk wt 2nd batch la..heheheee

Thursday, November 3

Cotton Soft Japanese Cheese Cake

Kek ni mmg peberet aku!!tekstur nye sangat la lembut..klu masuk dlm mulut..rs dia cair kat dlm mulut tau..giteww skali aku pnye fanatik pd kek ni..ahaksss..resepi ni pn memuler mntk dgn kwn adik aku..x konfiden jgk nk wt memuler tu sbb teknik nk bkr dia tu cm ssh je..tp bile dah study bebetul..x de la ssh pun..time nk bakar kek ni kena guna teknik 'au-bain merie' atau waterbath..nnti aku tunjuk pic cmne ghuper nye waterbath tu..




Bahan A:
  • 250g cream cheese
  • 50g butter
  • 100 ml susu segar (fresh milk)
  • 6 biji kuning telur
  • 1 sdb jus lemon
  • 1/4 sdk garam
  • 60g tepung kek / tepung superfine
  • 20g tepung jagung (cornflour/cornstarch)
Bahan B:
  • 140g gula (granulated sugar)
  • 6 biji putih telur
  • 3/4 sdk jus lemon
Cara-cara
  1. Utk adunan A: Cairkan cream cheese, butter & susu dgn teknik double boiler. Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu td. Kemudian, campurkan ke dlm adunan c/chs td dgn tepung, tepung jagung, kuning telur, garam & jus lemon ke dlm adunan cream cheese & gaul hgga sebati (gaul guna senduk kayu sj).
  2. Utk adunan B: Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama jus lemon, sampai berbuih2 (foamy). Lepas tu, tmbhkan gula & pukul lagi sampai bertanduk (soft peak).
  3. Campurkan adunan Bahan A td ke dalam adunan Bahan B yg dah gebu tu & kacau smpai sebati. Sediakan tin/bekas kek yg bulat berukuran 8 inci, yg digriskan bwhnye & tepi tu salut dgn kertas baking. Tuang adunan kek dlm tin kek.
  4. Bakar kek dlm kire2 sejam, dgn cara au bain-marie (waterbath), pd 160 degrees C / 325 degrees F. Pd sesapa yg kurang pasti waterbath tu cmner, buatnye simple jer. Lepas letak adunan dlm dlm tin kek, balut bwh hgga sparuh tinggi tin kek dgn aluminunium foil. Then, letak tin kek tu atas dulang pembakar, pastu tuang air panas atas dulang pembakar, preferably ½ tinggi tin kek tu, lepas tu letak ler dlm oven then bakar ler, tu aje).


Ni la teknik waterbath tu..sorry..pic oven huduh..rembat oven mak aku..hahahaa..oven pusaka...hehehe



Dah tengok ni..sila2 la cuba..kek ni mmg sedap!!lbh2 lg pd cheese lover..nyummmmm..

Chilled Blueberry / Strawberry Cheese Cake



Cheese cake ni mmg jadi kegilaan..kalau abg angkat aku nk dtg dr singapore..awl2 lg dia dh  request cheese cake ni..mmg dia boleh bedal mkn srg2 ini kek..heheehee..kalau x silap..sumber resepi ni aku amik dr cik Hana Resepi nya mudah jgk sbb x pyh nak bakar2 pun..masuk dlm fridge..biarkan semalam..esok dh boleh mkn..

Bahan-bahan A
  • 250 gm biskut mudah hadam(merie or etc) - letak 200g je
  • 125 gm mentega tanpa garam - letak 100g
Bahan-bahan B
  • 200 ml krim putar(whipping cream)
  • 250 gm krim keju (cream cheese)
  • 165 gm gula kastor - letak 150g
  • 1 sudu besar jus lemon
Bahan-bahan C
  • 15 gm gelatin halal
  • 100ml air
  • >> campurkan air dgn gelatin atas double boiler dan sejukkan selama 5 min
Topping
  • Blueberry topping secukupnyer
  • Jus lemon
  • Gula caster
  • Sedikit air - campur sedikit gelatin 1/2 sudu kecil

Cara-cara
  • Hancurkan biskut sehingga jadi serbuk.. Kalau sy,senang pki loyang ‘springfoam’ yg bwh dia blh jadi tapak tu. Just bukak klip kt tepi dia dan angkat. Klu x de,blh pakai loyang biasa dan  alas dengan plastik wrap atau kertas minyak supaya mudah utk dkeluarkan.
  • Cairkan mentega. Tuangkan mentega ke dlm bekas berisi biskut tadi. Kacau rata.Tekankan adunan biskut ke dalam loyang sehingga menjadi rata dan padat.Sejukkan dlm peti ais selama lebih kurang 30 minit agar ia menjadi keras.
  • Pukul krim putar sehingga pekat dan gebu.Ketepikan.
  • Pukul krim keju bersama-sama gula dan jus lemon sehingga sebati.Setelah itu masukkan gelatin yg telah di double boilerkan dengan air tadi dan gaul lagi sehingga sebati.
  • Kemudian tuangkan bahan ini kedlm bekas yg berisi krim putar tadi dan gaul rata dgn menggunakan whisk.
  • Keluarkan adunan biskut dlm peti ais.Tuangkan adunan krim cheese td keatas adunan biskut. Sejukkan di dalam peti ais sekurang2nya 2-3 jam.
  • Buat topping dgn mencampurkan bhn topping semua sekali, apabila telah mendidih,tutup api. Sejukkan. (buat kaedah double boiler gune jem je)
  • Tuangkan kuah topping hingga habis. Sejukkan semula.
  • Potong bar ikut suka dan hidangkan.



    Blueberry Cheese Cake

    Yang ni..strawberry cheese cake plk..

    Wednesday, November 2

    Moulten Hot Lava Chocolate Cake

    Sebab terminat kat hot lava cake ni..cube2 surf kt youtube cmner nk buat..kalo x nk kna g ayamas x pun kt pizza je blh dpt..hmm..hasil wt sndri..mmg puas ati..hehe..resepi nye sgt la senang..cuma nk kena jg jgn overbaked je..utk dpt hot lava cmni..gini cara-cara nyaa...



    Bhn2..

    1 keping dark chocolate bar
    100gm buttercup
    3/4 cwn gula caster
    3 biji telur
    4 sudu tepung gandum
    1 sudu coklat emalco / 2 sdk serbuk koko (Van Houten)

    Cara Buat:

    Cairkan coklat masakan dengan butter (double boil). Dalam bekas lain, pukul telur dengan gula castor hingga kembang (guna balloon whisk je. tak digalakkan guna mixer sbb akan menghasilkan belon angin yg banyak pd adunan..) Kemudian masukkan coklat emalco / serbuk koko. Masukkan coklat dan butter yg telah dicairkan ke dalam adunan telur dan gula. Masukkan tepung gandum dan gaul rata. Gaul bhn2 ni guna senduk kayu je ye..gaul kan sekadar adunan sebati..DO NOT OVER MIX .. x yah nk pukul adunan bagai nk gile mcm nk wt bahulu ye..hihihii..Kemudian, masukkan dalam bekas remikin. Bakar dgn suhu 180 darjah celcius selama 10-20 minit.

    Camni rupe kek bile keluar oven..



    Keluarkan kek dari remikin, telungkup kn di ats pinggan dan taburkan gula icing..


    Kemudian boleh hiaskan dengan ice cream vanilla..


    Dan hasilnyaaaa.....


    NYUM....NYUMMMMM....cube tgk lava dia..hehehee..menggiurkannnn..

    Entah kali ke brp dah wat hot lava cake ni..hehehee..sila layan pic yg menggegar kan tekak kt bwh ni ok..;p


    Tuesday, November 1

    Strawberry Pie

    Sbg langkah permulaan,atas desakan kwn2 yg nk jd follower resepi aku..1st resepi yg aku nk share ialah Strawberry Pie..resepi ni aku tgk drp youtube je..n aku olah ikut kretiviti sendiri..

    Bahan-bahan:


    Tepung 250gm
    Gula halus 100gm
    1/4 sdk Garam
    Butter 100gm (ptg kiub)
    Telur 1 bj


    Mix together dan jadikan doh. Wrap dgn plastic selama 30 minit dan masuk kn dlm peti ais. Kemudian leperkan dan di masukkan ke dalam bekas pai. Cucuk dgn garfu di ats permukaan doh. Bakar dalam oven selama 20 minit dgn suhu 180 celcius.

    Tart filling: (Bahan A)
    3 bj telur
    1 cwn gula caster                         (bahan A) mix together, pukul smpi kembang
    1 cwn corn starch

    1 cwn Susu segar
    1 ptg sebesar kiub butter
    Secubit garam
    Esen vanila

    Susu di panaskan dalam periuk, bila hampir mendidih, masuk kn bhn A dan kacau hingga pekat.Bila sudah pekat, masuk kn 1 kiub butter, garam dan esen vanilla. Tapis dan masukkan dlm peti ais selama 30 minit. Alaskan dgn plastic di ats permukaan filling.


    Potong buah2an spt strawberi/kiwi/anggur (nak mix pun boleh). Masukkan filling cream di ats pai, susun buah2 an. Sapukan marmalade jem di ats buah2 an td.






     Wallah!!!ni la hasil nyaaa.....sedap di mkn begitu saja...