More Pics @ MySpaceAntics.com
More Pics @ MySpaceAntics.com


Wednesday, November 2

Sup Gearbox Kuah Merah (Bone Steak)

1st time mkn sup ni ms kt Singapore..mmg sedap!!kuah dia rs mcm kuah Mee Racun (kt Batu Pahat je ada mee ni..)..nk rs mee racun meh le dtg BP..hehe..eh, melalut plk..back tu our topic..resepi sup gearbox kuah merah atau dikenali sbg sup Bone Steak ni berasal dr Singapore..Sup ni..mmg sedap.Resepi aku di olah hasil drp sumber aku dpt dr internet..tq mamasya for this great receipe..



Bahan-bahan:
1 kg gear box
3 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 labu bawang besar-*sweet onion
1 inci halia
1/4 inci lengkuas
5 sdb cili kering yg dah blender 

5 sdb tomato puree
4 biji buah tomato-potong 4
buah pelaga
bunga lawang
lada hitam-banyakkan skit lagi sedap.
kulit kayu manis 
daun sup - tabur
bawang goreng -tabur
limau kasturi - utk perah time nak makan.
minyak masak-secukup  menumis bhn2 di ats
air utk merebus tulang - sukatan; memadai klu tulang dah tenggelam
1 btg carrrot-*optional
1 biji telur / kentang rebus yg dilenyek (boleh pilih salah satu utk pekatkan kuah)



Cara Buat:


1) Blend cili kering+bawang merah+bawang besar+halia+lengkuas.
2)Tumis bahan blend tadi berserta tomato puree, rempah ratus -buah pelaga+kayu manis+bunga lawang+cengkih.
3) Kemudian, masukkan gear box yang dah dibasuh.+ air biar agak-agak tenggelam gear box itu.
4) Didihkan biar empuk..agak nak empuk masukkan carrot dan buah tomato. 

5) Untuk memekatkan kuah, boleh lah msk kn telur / kentang rebus yg telah dilenyek.
5) Then baru taburkan ngan bawang goreng tadi berserta daun sup.
6) Time nak makan perahkan limau kasturi sket.



Lagi....lagi...tgk sambil lap air liur okey....hahahahaa






Cuba jgn x cuba...manyak shedap oooo..korang wt..kompom..makin syg laki kt u'ollss tauuu..hehee

Udang Goreng Butter

Korek2 kt fb..tertengok pic udang ni..yum..yum...esok cm nk g psr g beli udang..blh wt udang goreng butter..dulu pnh buat skali..tp sarang dia x jd..udang goreng butter ni yg menjadik kn dia 'happening' adlh SARANG dia tuu..ada sikit teknik yg perlu di gunakan utk buat sarang udang butter ni..x susah mana pun..ok, sila tgk resepi kt bwh n cara2 buat nye ye..

15 ekor udang pici
2 sdb kunyit
secubit garam
5 biji cili api - potong kecil
5 helai daun kari
2 biji kuning telur - dipukul
1sdb butter
1 cwn minyak - utk menggoreng

Cara Buat:
1) Lumurkan udang pici dengan kunyit dan garam. Panaskan minyak dan goreng udang. Goreng hingga udang bertukar warna merah (dalam 8-10 minit). Sebelum udang diangkat, masukkan cili padi dan daun kari. Gaul kan dengan udang dan goreng sebentar (2-3 minit).Angkat dan ketepikan.
2) Untuk membuat sarang; Tinggalkan minyak bekas menggoreng udang dalam anggaran 1/2 cwn shja. Pns kn minyak dalam 3/4 panas. Masukkan butter hingga cair. Kemudian tutup kan api.
3) Kuning telur yang telah dipukul tadi di masukkan ke dalam bekas roti jala. Tangan kiri memegang bekas roti jala, manakala tangan kanan memegang garfu. Kacau kuning telur dalam satu arah. Dia akan jadi bertali halus. Goreng dan masak hingga garing. Kemudian angkat dan toskan. Selepas itu, boleh lah di gaulkan dengan udang tadi..