More Pics @ MySpaceAntics.com
More Pics @ MySpaceAntics.com


Wednesday, November 2

Udang Goreng Butter

Korek2 kt fb..tertengok pic udang ni..yum..yum...esok cm nk g psr g beli udang..blh wt udang goreng butter..dulu pnh buat skali..tp sarang dia x jd..udang goreng butter ni yg menjadik kn dia 'happening' adlh SARANG dia tuu..ada sikit teknik yg perlu di gunakan utk buat sarang udang butter ni..x susah mana pun..ok, sila tgk resepi kt bwh n cara2 buat nye ye..

15 ekor udang pici
2 sdb kunyit
secubit garam
5 biji cili api - potong kecil
5 helai daun kari
2 biji kuning telur - dipukul
1sdb butter
1 cwn minyak - utk menggoreng

Cara Buat:
1) Lumurkan udang pici dengan kunyit dan garam. Panaskan minyak dan goreng udang. Goreng hingga udang bertukar warna merah (dalam 8-10 minit). Sebelum udang diangkat, masukkan cili padi dan daun kari. Gaul kan dengan udang dan goreng sebentar (2-3 minit).Angkat dan ketepikan.
2) Untuk membuat sarang; Tinggalkan minyak bekas menggoreng udang dalam anggaran 1/2 cwn shja. Pns kn minyak dalam 3/4 panas. Masukkan butter hingga cair. Kemudian tutup kan api.
3) Kuning telur yang telah dipukul tadi di masukkan ke dalam bekas roti jala. Tangan kiri memegang bekas roti jala, manakala tangan kanan memegang garfu. Kacau kuning telur dalam satu arah. Dia akan jadi bertali halus. Goreng dan masak hingga garing. Kemudian angkat dan toskan. Selepas itu, boleh lah di gaulkan dengan udang tadi..


No comments:

Post a Comment