Maka dgn ini..aku mempersembahkan..COTTAGE PIE untuk tatapan korang..
Bahan-Bahan:
Bhn A:
400gm daging cincang (ramly)
1 tin cendawan butang - potong kecil
1 ulas bwg holland - potong kecil
2 sudu pes tomato
3 sudu sos bbq
daun ketumbar
garam
1 sudu gula
Bhn B:
5 bj kentang
5 sudu cheddar cheese - di parut
1 bj kuning telur
1 sudu butter
blck paper
Cara Buat:
1) Rebus kentang dgn secubit garam hingga empuk.bila empuk, angkat dan ketepikan.Air rebusan jgn di buang.Lenyekkan kentang dan dicampur dgn cheese, telur, butter dan blck paper. Ketepikan.
2) Tumis bwg holland hingga garing. Masukkan pes tomato dan sos bbq. Masuk kn daging. Tumis hingga empuk. Masukkan air rebusan kentang ke dlm daging. Masak lg hingga hampir kering, kemudian masuk kn cendawan butang. Masukkan garam dan gula. Masak hingga kering. Sebelum tutup api, masukkan daun ketumbar. Ketepikan.
3) Dlm bekas utk membakar, letakkan daging di bahagian bawah. Lapis kn dgn kentang yg dah di lecek td. Letak kn cheese di bhgn ats. Bakar pd suhu 200 celcius selama 30 minit hingga kekuningan.
Lapisan bawah..(daging cincang + cendawan)
Lapisan kedua - kentang yg di lenyek bersama cheese, butter dan kuning telur.
Lapisan atas - extra cheese + butter + blackpaper (siap utk dibakar)
Hasil selepas kuar dr oven...
SELAMAT MENCUBA!!
No comments:
Post a Comment