More Pics @ MySpaceAntics.com
More Pics @ MySpaceAntics.com


Thursday, December 22

Nasi Ayam Penyet

nasi ayam penyet ni mmg sedap..xde la susah sgt nk buat..mcm sos dia tu blh buat sehari awal n simpan dlm fridge..esok time nk mkn br pns kan..ayam pun boleh perap sehari awal..bkn ape..dgg ayam ni tekstur nye lebih padat..so klu nk rs rempah smpi ke tulang..kna la perap lbh awl..

Sambal ayam penyet:
  • Sedikit minyak masak
  • 15 batang lada merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
  • 10 biji cili padi
  • 10 biji bawang kecil/merah, hiris
  • 3 biji bawang putih, hiris
  • 5 biji tomato, potong 4
  • 5 cm belacan
  • 3 sudu ikan bilis-lebihkan sket
  • 3 sudu gula merah/secukup rasa
  • 5 - 6 bj limau kasturi - di perah
  •  Semua bhn2  spt bwg, lada, tomato, ikn bilis dan belacan perlu di goreng terlebih dahulu, kemudian barulah di blender sehingga lumat. Selepas itu, pns kan semula bhn2 ini dlm periuk. Masukkan gula merah dan perahan air limau kasturi. Didihkan dan bile dah sejuk boleh di simpan di dlm peti ais (sambal ni sedap di makan slps sehari di simpan dlm peti ais..klu nk mkn, pns kn semula..)
Ayam:
  • Untuk Ayam
  • 1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan (simpan air rebusan ayam untuk buat sup dan nasi)
  • ½ sudu besar jintan manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • ½ sudu besar jintan putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • 3 sudu besar biji ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • 1 sudu besar serbuk kari ayam
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • 3 ulas bawang putih 
  • 3 ulas bawang merah
  • 1cm halia
  • garam
  • minyak masak untuk menggoreng
Bawang, halia, jintan dan ketumbar di blender halus. Kemudian boleh la perap ayam dgn bhn2 blender dan bhn lain di ats. Perap sekurang-kurang nya 1 malam - utk dpt rs aym berempah yg sedap ye..

Nasi:
Untuk nasi, aku suke mkn dgn nasi putih je..tp klu nk wt nasi aym pun boleh. Utk wt nasi ayam, bhn2 nya 3 bj bwg kecik + 3 bj bwg putih - hiris, 2 sdb minyak sapi, sedikit rempah tumis dan air rebusan ayam. Tumis bwg dgn minyak sapi hingga naik bau. Masukkan air rebusan aym dan beras.

Side Dish:
Ulam-ulaman spt ulam raja, tenggek burung, kacang panjang dan timun
Tomato
Tauhu - di goreng
Tempe - di perap sekejap dgn bhn2 perapan aym dan digoreng
Sup

sambal nasi ayam penyet..


No comments:

Post a Comment