Tuesday, July 31

Lala Masak Sweet Sour


Lala yg lalalalalaaaaa.. sedap woo.. dpt plk yg fresh.. beli br 3 hengget, puas ati mkn smpi bwk ke sahur.. hehehe.. ok, ladies.. ni resepi nya.

Bahan-bahan:

200-300 gm lala
15 tangkai cili kering
3 bj bwg kecik
2 bj bwg putih
1 bj bwg bsr
5 sdb sos cili
1 bj tomato - di kupas kulit nya
3 sdb gula
garam secukup rasa






Cara Buat:
Kisar halus cili kering dan bwg.
Tumis bhn kisar hingga garing. Masukkan tomato, sos cili gula dan garam. Tumis lagi hingga mendidih.
Masukkan lala. Gaul rata dan biarkan hingga lala masak. Kalau kering, masukkan air sikit. Blh di tabur dgn daun bwg n lada merah.

Sunday, July 22

Talam Berlauk





Hari 1st puasa tekak dah tringin nk mkn talam berlauk ni.. nk beli kt bazar, mcm mls sbb mls nk bersesak2 dgn org.. lalu aku pn mengorek2 hidung hidangan ni kt blog org.. hehehee.. ok, resepi ni simple dan senang je..

Sumber: cedok kt mn tah..makcik da lupe daaa...

Bahan2:
Utk kuih talam:
1 cwn tpg gandum
1/2 cwn tpg beras
3 sdb tpg jagung
600ml santan = 3 cwn santan
sedikit garam
sedikit minyak makan - sapu di loyang

Utk topping:
100 gm daging cincang
1 bj bawang - hiris
1 bj lada merah - hiris
1 sdb serbuk kari
1 sdb sos cili
daun sup & daun bawang
bwg goreng
minyak
garam dan gula secukupnya

Cara Buat:
Pns kn pengukus.
Campurkan semua bhn utk membuat kuih talam. Kacau rata dan tapis. Masukkan ke dlm loyang.
Masukkan ke dalam pengukus dan kukus selama 20 minit.

Utk topping:
Tumis bwg dan lada merah. Masukkan lada dan bawang. Tumis sekejap. Masukkan serbuk kari dan sos cili. Masukkan daging cincang dan tumis lg hingga daging empuk. Angkat dan boleh di letakkan di atas kuih talam. Tabur kan daun bwg & daun sup serta bwg grg.

Friday, July 20

Rich Cocoa Pudding

Rich cocoa pudding..ramai plk yg mntk resepi bila aku pos pic ni kt fb.. okay, resepi nye simple n x ssh mn pun.. lg2 bln puasa ni, dessert yg sgt sedap di mkn ms berbuka.. :)

Sumber : my resepi

Bahan-bahan ( 1 loyang sederhana besar )

1/2 cawan serbuk koko
1 cawan gula
1/2 cawan susu tepung
1/2 sudu teh garam
4 1/4 cawan air
4 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh esen vanilla
3 sudu besar butter
1 paket serbuk agar2 (10-11gm)

Cara-cara
Campurkan semua bahan kecuali butter dan kacau selalu hingga mendidih.Masukkan butter, kacau hingga pekat.Angkat dan masukkan kedalam loyang atau acuan yg disukai..

Nota tambahan: Basahkan loyang dgn air sebelum adunan dimasukkan ke dlm loyang. Ini utk memudahkan puding dikeluarkan drp acuan.