Thursday, March 29

Siakap Tiga Rasa


Siakap 3 rasa.. nyummm...nyummmm.. aku ni mmg jns pemilih bab mkn. hehehe.. ikan pun x semua ikan aku suka. But siakap mmg peberet! Kalau g mkn seafood kt Sabak Awor, siakap 3 rasa mesti kitaorg order. Last week ms pantau pasar Yong Peng, tertengok plk siakap yg x bpr bsr. Uncle tu kasi discount rm8 je sekor. Trs beli la... hihihi.. Okay, ni resepi ikan siakap 3 rasa. Aku amik dr bbrp sumber. Tp x igt dah amik kt mana. Resepi ni aku combine kan drp sumber2 yg aku rs bhn2 nya mampu memuaskan tekak cerewet aku ni. Hehehe...

Bahan-bahan:

Ikan siakap
kunyit
garam
2 sdb tepung jagung
1 sdb tepung beras
1 sdb tepung pulut
minyak

Bahan Kisar:
5 tangkai cili kering
3 bj bwg kecik
3 bj bwg putih

Bahan Lain:

Bahan A:
2 sdb sos cili Thai
1 sdb sos cili
1 sdb sos tomato
1 sdb sos plum
1 sdb sos ikan / kicap
1 sdb sos tiram

Bahan B:
3 tangkai cili api - hiris halus
daun ketumbar
1 keping nenas - potong kecik
garam dan gula

Cara buat:
Lumurkan ikan dengan tepung jagung, tepung beras, tepung pulut, kunyit dan garam. Perap 10 minit, kemudian goreng garing. Angkat dan ketepikan.

Tumis bahan kisar hingga naik bau. Masukkan  bahan A dan kacau rata. Didihkan kejap. Masukkan cili api dan nenas. Tumis kejap, lps tu masukkan garam dan gula secukup rasa. Hias dengan daun ketumbar.

Thursday, March 22

Steamed Boxing Curry Chicken


Dah dekat seminggu beli drumsticsk ni.. blank nk msk ape.. asik nk goreng je, boring lak kan. Tringat satu ketika dulu pnh tertengok satu entri kt blog cik Diana resepi chicken drumstick ni. So, jenguk2 blk kt ctu.. di jumpakan semula dgn resepi ni. okay, x yah citer bnyk.. kt bwh ni resepi nye ye.. resepi yg simple dan sedap! Mcm menu mknn sihat pn ada. Sbb ayam nya di kukus n kari nya tanpa santan.. Pd yg tgh diet, nk cuba kelainan.. boleh cuba resepi ni.


Sumber : Diana

Bahan² A
8 keping kepak ayam / 4 keping drumstick 
15 gm halia _ dihiris halus
3 biji cili padi _ diketuk sedikit
2 tangkai daun kari
80 gm bawang merah _ dihiris
300 ml air


Bahan² B ( Dicampurkan )
3 tbsp serbuk kari 
1 tsp serbuk kunyit
100 ml air


Bahan² C 
1 tsp garam
1 tsp gula kastor
50 gm gula melaka


Bahan² Perap
1/2 tsp garam
1/2 tsp serbuk kari 
1/2 tsp serbuk kunyit
1 tsp tepung jagung
2 tbsp air
1 tbsp minyak bawang goreng


Cara²

  1. Kerat bahagian hujung dan tarik isinya ke bawah ( buat boxing chicken stalks ).
  2. Perap ayam bersama bahan² perap selama 20 minit.
  3. Panaskan 5 tbsp minyak dan goreng bawang merah menjadi bawang goreng.. Angkat dan ketepikan.
  4. Tinggalkan 3 tbsp minyak dan masukkan halia, bahan² B dan daun kari.. Tumis sehingga wangi.
  5. Kemudian tambahkan air dan biarkan ianya mendidih.
  6. Masukkan cili padi dan bahan² C... Renih selama 5 minit di atas api kecil.
  7. Susun ayam di atas pinggan dan tuang curry gravy di atasnya.
  8. Kukus ayam selama 25 minit atau hingga ayam masak.
  9. Angkat dan taburkan bawang goreng semasa menghidang



Wednesday, March 7

Sembilang Asam Pedas

Ikan sembilang.. dah lama incek hubby ckp tringin nk mkn sembilang asam pedas. Kebetulan, semalam cek harga kt Econsave, blh terjumpa plk ikan sembilang ni. Trs amik n byr. Sampai umah, siap amik pic ikan sembilang ni n antr whatsapp kt hubby. Pnye la gembira pakcik tu. Hehehehe..

Sejak ada hobi baru (tgk citer Korea), blk keje trs bkk tv lyn dulu citer Korea. Hihihi.. Incek hubby sampai umh pkl 6 mencebik tgk aku ddk terpaku dpn tv. Slalu dia blk keje aku dah siap msk. Tp skrg ni dkt mgrib br blh mkn. T'paksa la thn lapo jap ye bie.. hihihi..

Okay, kt bwh ni resepi sembilang asam pedas.. (utk 2 org)



Bahan-bahan:
1 ekor ikan sembilang - saiz sederhana (potong 4 ketul)
1 bj bwg bsr
3 bj bwg kecik
3 bj bwg putih
segenggam cili kering
3 sdb asam jawa
1 cwn air 
1 kuntum bunga kantan
segenggam daun kesum
1 sdk serbuk black paper
garam

Cara buat:
Blender semua bwg dgn cili kering.
Tumis bhn blender hingga naik bau. Tumis dalam 10 minit.
Lps tu masukkan air asam, daun kesum dan bunga kantan.
Didihkan lagi. 
Kemudian masukkan serbuk black paper dan ikan.
Masukkan garam secukup rasa. Didihkan kejap dan ttp api.



Monday, March 5

Kek Keramel Pelangi

Santek kan kek keramel ni???? ;p (angkat bakul sendrik!!)

Bertemu lg di petang isnin yg indah. Ptg yg sejuk dan nyaman. Nak citer, pg td hujan yg sgt la lebat (arrgghhh.. klu la x keje arini, dah tarik slimut dah..) Oleh krn takut jem, makcik ni kelam kabut kuar dr umh seawal yg mungkin. Tp hasil nyaa... NAH!! AKU TERTINGGAL KUNCI UMAH kt dlm umh!! Merayu kt hubby mintak antr kunci umh sbb lap top n charger handphone tertinggal kt umh.  Incek hubby dek krn syg kt bini, sanggup jgk drive 25km dari Parit Sulung balik umh antr kunci. Hehehehee.. Tq bie! Oleh sbb nk bls budi baik incek hubby yg sangguo bekorban apa saja utk bini nya yg mengada2 ni.. maka  ptg ni blk keje janji nk wt kan meatball spagetti best in da werld utk dia.. hihihi..

Okay, citer psl ujan dah sudah. Ni blk smla citer psl kek keramel ni. Ekceli kek ni aku buat ms cuti hari Sabtu lps. Incek hubby ajak ride nek mtr g Genting sempena Genting Bike Festival. Tp mengenangkan baju yg berlambak2 ats katil mcm gunung berapi nk meletup tu..(x sempat lipat dr blk dr Phuketlg..) aku dgn ikhlas menolak. Maka incek hubby wt la solo ride ke sana. Then, lps siap kms umh, ptg2 dah blank nk buat ape. Terpandang resepi ni kt ats meja yg dah 2 3 minggu aku print. Rs yakin x yakin jgk nk buat. Tp sbb ada free time n dr dok melangok dpn tv asyik lyn citer Korea, hihihi.. baik aku merajin2 kan diri kt dapur. So, terhasil lah kek keramel yg best ini! tq so much to kak Azlita  yg sudi berkongsi resepi yg teramat laaa sedap!! Siap tunjuk step by step lg. Alhamdulillah, rs cm nk nangis tgk kek yg sgt cantik kuar dr oven ku!!


KEK KERAMEL

Gula Hangus

2 sudu besar gula pasir

Sediakan loyang 8 inc.
Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan.
Biar gula hancur dan warna tukar jadi perang.
Ratakan gula dgn menyenget2 kan loyang kiri dan kanan
Biar gula sejuk. Gula yg sejuk ni akan keras dan akan retak2 dan berbunyi spt kaca pecah bila dah keras.
Ketepikan

Bahan Karemel
1/2 tin susu cair
70g gula castor
1/2 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur

Kacau susu dan gula hingga gula larut.
Kacau telur dan esen perlahan.
Satukan kedua2 bahan dan kacau rata perlahan aje.
Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi.
Ketepikan.
Kalau nak dapatkan lapisan karemel yg tebal gandakan sukatan susu dan kuning telur.
(Adunan ni tak perlu di bakar dulu ye! kita akan bakar adunan ni bersama adunan kek nanti )

Adunan Kek Bahan 1
70g gula kastor
3 biji telur kuning
135ml air
45ml minyak masak

Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih.
Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.
Adunan Kek Bahan 2
140 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder

Matikan  mixer dan masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak
Masukan  sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna.
Ketepikan.
Merinque 
6 biji putih telur - pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning
70g gula castor
1 sudu teh krim of tar2

Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering
Pukul putih telur hingga berbuih
Masukkan gula dan tatar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. kalau kita terbalikkan loyang adunan putih telur tu tidak jatuh
Masukkan 1/3 bahan meringue ke dalam adunan tepung tadi.
Gaul rata secara kaup balik
Kemudian masukkan semua baki adunan meringue dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.
Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yg sama banyak.
Letakkan pewarna yang anda sukai.
Kemudian tuangkan adunan kek ni ke atas lapisan karemel tadi.
Belang- belangkan adunan
Tuang 3 sudu lapisan pupple, kemudian 3 sudu lapisan pink di tengah-tengah lapisan purple. Kemudian tuangkan pula  3 sudu lapisan biru di tengah-tengah lapisan pink.
Buat begini sehingga 3/4 adunan, kemudian buat pula cara yg sama dgn 2 sudu pula.
Akhir sekali dengan satu sudu.
Lorekkan atas adunan dengan lidi.
Panaskan oven terlebih dahulu. Panaskan pada suhu 170 C terlebih dahulu. Bila dah masukkan kek dalam oven ita tukar pada suhu 160C.
Gunakan api bawah sahaja.

Kaedah Steam Bath
Tuangkan air panas dalam loyang yg lebih besar dari loyang kek tadi.
Letakkan loyang yg berisi kek dalam loyang yg berisi air panas tadi
Letakkan pada rak bawah dalam oven.
Bakar kek pada suhu 160 C dengan api bawah selama 1 jam atau sehingga kek benar-benar masak.
Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama.
Selepas masak biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi loyang.
Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri.
Potong kek bila ia benar-benar telah sejuk.
Simpan kek dalam peti ais untuk tahan lebih lama.
Kek ni juga sedap di makan dikala sejuk.
Kejadian kek yg sempurna!!!yipppieeee!!!! (lompat sorang2 kt dapo..)


 Note : should try this cake!! hehehheee..