Wednesday, June 13

Mee Bandung Batu Pahat





Mee bandung Batu Pahat.. hmmm.. kat Batu Pahat ni bnyk mknn yg x dikomersialkan kt tpt lain.. Ank2 jati Batu Pahat yg ddk luar klu rindu mknn BP, t'pksa blk kampung br dpt mkn.. Tringat sepupu aku yg ddk KL, bermatian2 paksa mak aku bungkus mee bandung BP sblm naik bas pegi KL.. hehehee.. t'pksa gak mak aku singgah Odeon dulu sblm g stesen bas utk beli mee bandung spt mn yg di hajatkan sgt oleh sepupu aku tu..

Mee bandung Batu Pahat ni mmg x sama dgn mee bandung Muar. Mee bandung Batu Pahat ada 'rasa' yg tersendiri..Resepi ni aku just wt rujukan drp my.resepi. Dan ada penambahan yg aku buat. Okay, ini resepi nya ye..

Bahan-bahan blender:
5 bj bwg kecil
3 bj bwg putih
1 bj bwg besar
15 tangkai cili kering
10 kpg biskut merie
10 gm udang kering
1 cwn air

Bahan lain:
1/2 kg mee kuning
150gm kacang tanah hancur
1 ekor sotong kembang (hiris kecik2)
200 gm daging (rebus dan potong kecik)
air rebusan daging
sawi
1 bj telur
1 sdb sos tomato
2 sdb gula
garam secukup rasa
minyak utk menumis

Cara Buat:

Panaskan minyak. Tumis bahan blender hingga mendidih. Masukkan kacang tanah dan gaul. Biarkan sekejap. Masukkan air rebusan daging. Kalau masih pekat, masukkan sedikit air. Didihkan. Masukkan sotong kembang dan daging. Didihkan lagi. Masukkan telur, sawi, sos tomato, garam dan gula. Kemudian masukkan mee, gaul sekejap dan angkat. 

Mee bandung ni sedap di makan masa panas2. Tambah sikit sos tomato ke dlm mee bandung tuu.. Fuuuhh...mmg besssttt!!!!!!!!!!

Selamat mencuba!





Monday, June 11

Banana Chocolate Cake



Sebelum assemble jadi kek...
Kek yg best!!!mcm eskremmm.. ;)

Assalamualaikum.. dr yg aku baca dr sumber yg aku cedok ni.. ramai yg ckp rasa dia sebijik cam yg kt Secret Receipe.. makcik pnye la pk pnjg nk wt kek ni.. x tau nape.. mood kemalasan kot melanda.. hehehee.. Pisang pnyer la excited dah beli 3 4 hari.. dh naik layu aku tengok.. hehehee.. bnyk ngap masuk mulut sndri.. kek nye x jadi2 jgk.. hahahaa.. Finally, blk kampung.. mak aku offer nk kasi pisang kapas yg kt halaman umh. Test mkn.. fuuhhh.. manis yg amat pisang kapas ni.. Blk dr umh mak aku, trs dtg smgt nk wt kek ni. Ekceli, kek ni x la susah mana pun. Ikut cara dia step by step, insyallah menjadi.. Okay, ni resepi nye. Aku amik dari myresepi.com jek.. kalau x silap sumber asal dr citarasawan.

SUMBER : my.resepi & citarasawan



Bahan-bahan ( Loyang 8’ bulat)
Chocolate Chiffon
 Bahan A
  • 30gm serbuk koko (larutkan dgn 120ml air suam)
  • 4 biji kuning telur (telur diasing putih dan kuning)
  • 100gm gula kastor
  • 130gm tepung naik sendiri
  • 1/2 tsp baking powder
  • 1/2 tsp soda bicarbonate
  • 60ml mentega (dicairkan)/minyak jagung
  • 1 tsp esen vanila

Bahan B
  • 4 biji putih telur
  • 60gm gula kastor
  •  1/4 tsp cream of tartar
Kek Filing
  • 400ml whipping cream (manis)
  • 100gm coklat masakan (dicair secara double boil)
  • 1 1/2 tsp serbuk kopi segera/nescafe(larut dgn 1 tbsp air panas)
  • 1 tbsp gelatin halal (rendam dgn 40ml air dan cairkan secara double boil hingga larut)
  • 6 biji pisang berangan (dihiris nipis)

Coklat Ganache/Frosting
  • 140ml UHT whipping cream (tawar)
  • 350gm coklat masakan
  • 1 tbsp mentega (optional)
Cara-cara
  1. Panaskan oven pada suhu 180C.
  2. Satukan bahan A dan pukul hingga kembang menggunakan high speed.
  3. Di dalam mangkuk lain pukul bahan B (putih telur) hingga kental guna high speed.
  4. Satukan bahan A ke dalam bahan B secara kaup balik. Tuang ke dalam loyang 8" dan bakar selama 40 minit atau hingga masak.
  5. Angkat dari loyang dan telengkupkan kek di atas redai biarkan betul-betul sejuk baru di potong kepada 3 atau 4 lapisan.
  6. Kek Filing : Pukul whipping cream hingga kembang dan bertanduk guna high speed. Masukkan esen vanila, coklat cair, larutan kopi dan gelatin, pukul hingga sebati.
  7. Sapu krim filing di permukaan kek, atur hirisan pisang dan sapu krim lagi menutupi hirisan pisang tadi. Buat yang sama untuk semua lapisan.
  8. Apabila habis, sapu nipis krim keseluruh kek, masukkan di dalam peti sejuk (30 minit).
  9. Coklat Ganache : Panaskan whiping cream secara double boiler, masukkan coklat masakan dan mentega, kacau hingga cair. Biarkan sejuk pada suhu bilik.
  10. Keluarkan kek dan letak di atas redai dan tuangkan coklat ganache.
  11. Hias mengikut citarasa, simpan di dalam peti sejuk biar coklat mengeras baru dipotong
  12. Tips : Basahkan loyang sebelum di masukkan adunan kek supaya sng dikeluarkan 

Monday, June 4

Mee Racun Batu Pahat

Assalamualaikum..
Lama nyer x update blog aku ni.. Cian dia, dah naik bersawang dah kan.. Huhuhuu.. bz teramat sgt skrg ni. Mana keje2 kt opis lg, order kek lg.. Aduhh.. slalu je incek hubby mkn nasi bungkus skrg ni.. :( Nasib baik dia memahami...
Okey, ni citer psl resepi spt mn tajuk di atas.. Mee racun.. Al kisah nye, mee racun ni sangat la fufularrr di Batu Pahat. Sng citer kt hometown aku nih la.. Tgk nama cam ngeri jek nk mkn.. but dun worry, setitik Paraquat pn xde dlm ingredient mee ni.. hehehee.. Kalo ade, lama dah arwah org yg mkn tu.. hehehee..

Okey, actually resepi ni resepi yg aku buat sndri based on lidah yg selalu merasa mee racun ni. Memuler tu geledah2 jgk blog org cari resepi ni. Tp aku rasa agak mengecewakan. Bnyk originality mee racun dah ilang / x de lgsung!! mintak maaf ye, bkn mrh pd sesiapa yg dh mencuba resepi ni. Cuma rs x puas hati sbb resepi yg aku tgk xde rupa mee racun langsung! siap bubuh togey la, udang sotong la..MEREPEK! hehehe.. mcm rupe mee bandung plk aku tgk.. ok, dr aku bebel mcm murai tercabut ekor, baik aku tulis resepi mee racun ni.. Harap2 ada yg sudi mencuba nnti k..

Bahan-bahan:

1/2 kg mee kuning - basuh dan toskan
1/2 kg tulang kambing (gearbox) - rebus hingga empuk

Bahan blender:
20 tangkai cili kering
5 bj bwg merah
3 bj bwg putih
minyak utk menumis

Bahan Lain:
5 sdb sos tomato
5 sdb sos cili
1 sdb serbuk lada sulah
1 sdb serbuk lada hitam
1 sdb gula
1 bj telur dadar - hiris kasar
1 bj kentang - di hiris dan goreng
50gm sawi
50gm kubis panjang - hiris halus
garam secukup rasa

Cara buat:
Tumis bahan blender hingga naik bau. Masukkan sos cili, sos tomato, lada sulah dan lada hitam. Masukkan air rebusan tulang tadi. Didihkan sekejap. Masukkan telur dadar, kentang dan sayur. Masukkan garam dan gula. Akhir sekali, masukkan mee dan gaul rata. Matikan api dan hidang. Boleh hias dgn taburan daun bawang.

p/s: incek hubby ckp rupa..rasa dah 99.99% percent mcm mee racun yg jual kt kedai!!;p