Wednesday, February 29

Sotong Kam Heong



Sotong kam heong.. another chinese cuisine yg sedap! Kam Heong ni bermaksud 'golden fragrance'. Klu trnslate melayu, bunyi nya bermaksud bau keemasan?? hehehheee.. but trust me, masakan ni mmg WAJIB utk di cuba! Masakan ni combination bhn2 utama yg digunakan oleh kaum kt mesia ni. Cili api simillar dgn masy Melayu, udg kering similar dgn masy Cina n kari similar dgn masy India. So, ni mmg masakan 1 Malaysia la kot. Hehehe.. . Mmg ptt dia di pggl kam heong sbb bau nye mmg sedap!!Okay, mari2 semua tgk resepi kt bwh ni ye...

Bahan-bahan:
10 ekor sotong - potong bulat
3 ulas bwg kecik - dihiris halus
3 ulas bwg putih - dihiris halus
5 bj cili api - di hiris
1 sdb udang kering - ditumbuk
1 sdb kicap pekat
1 sdb rempah kari ikan
2 sdb air - bancuh kt kari ikan
10 helai daun kari
garam
1sdb gula
3 sdb minyak

Cara buat:
Panaskan minyak. Tumis bwg kecik + bwg putih hingga kekuningan.
Masukkan cili api dan udang kering dan tumis lg hingga garing.
Masukkan rempah kari ikan dan daun kari. Tumis lg hingga naik bau.
Masukkan sotong dan gaul rata. Masak hingga rempah sebati.
Masukkan garam dan gula. Tumis kejap dan angkat.

Tuesday, February 28

Sweet Grape Pie



Assalamualaikum.. br berkesempatan msk kn entri ni. Ekceli pai ni buat last week. Then trs holiday g Phuket. So arini ada kelapangan br la dpt masukkan resepi ni. Hmmm.. 1st time tgk resepi ni hati trs membuak2 nk mencuba. Cuba membayangkan rasa pai ni tp x terbayang dek akal fikiran. X boleh jd, padahal esok pg dah nk ke airport, gagahkan hati jgk bkk pantry. Anggur yg dah dibeli awal2 minggu ttp ku thn x di ratah. Hehehehee.. Sbb mission utama nk buat pai anggur ni. Resepi yg perlu di cuba dan sgt refreshing!(masukkan dlm peti ais kejap...)



Sumber: Majalah Mingguan Wanita

Bahan-Bahan Kulit Pai:
2 cwn tepung gandum
6 sdb butter - sejuk
1/2 cwn air sejuk - dr peti ais
1 sdb gula castor
1/2 sdk garam

Cara buat:
Gaul kan semua bahan. Tapi air masukkan sedikit2 hingga adunan jadi doh. Bila dah jadi doh, masukkan dlm peti ais sekurang2 nya sejam. Balut dgn plastic food wrapping.  Bila adunan dah sejuk, tekan dan ratakan dlm bekas pai. Bakar pd suhu 180deg selama 10 minit.

Inti Pai:
150gm anggur - campur anggur merah + ijau
100 ml susu segar
100 ml whipping cream
150 gm gula castor
3 bj telur - di kocok dgn garfu
1 sdb esen vanila

Cara buat:
Campurkan susu segar, whipping cream, gula telur dan esen vanila. Susun anggur ats pai dan tuangkan bhn2 cecair td. Bakar semula pai pd suhu 180deg selama 30-40 minit.

Wednesday, February 22

Udang Goreng Vietnam


Smlm msk udang ni n mkn bersama dgn nasi jagung. Ekceli udang ni udang laut, kulit keras. Tu yg kopek separuh tinggal kan kulit kt ekor dia je. Maklum la, yg g pasar incek suami. Aku srh beli udang pici yg beso2 sikit, entah udang ape yg dia beli. Janji beso. Huhuhuhuu.. Dlm kpla, boring lak kalau udang mesti masak sambal. So smlm msk style lain la pulak. Selak pnye selak majalah, boleh jumpe plk dgn resepi ni. Senang n simple!

Bahan-bahan: Sumber - Mingguan Wanita

1/2 kg udang - sukati la nk buang kulit ke x..
1 sdb serbuk kunyit
garam
3 sdb sos cili
3 sdb serbuk lada
3 sdb sos tiram
2 sdb sos plum
3 sdb kicap pekat
1 sdb gula
1 sdb perahan jus oren - aku guna lemon
1 sdk kulit oren / lemon (di sagat)
1/2 inci belacan
1/2 cwn stok ayam
Minyak

Cara Buat:
Lumur udang dgn serbuk kunyit dan sedikit garam. Goreng hingga kekuningan. Ketepikan.
Tinggalkan dalam 1/2 cwn minyak bekas menggoreng udang td. Tumis kan segala sos dan kicap.
Gaul rata dan masukkan belacan, air lemon, kulit lemon dan stok ayam.
Masukkan gula dan didihkan kejap.
Masukkan udang dan gaul rata. Boleh la di hidang.

Monday, February 20

Isi Ikan Dory Masak Sweet Sour


Tgk pic ni, ada org igt aku mkn kt kedai.. heeeiii.. mkn kt kedai cuma waktu2 tertentu je ea.. mostly, walau pnt cmner skali pun blk keje, aku ttp msk. Tgk gambo nampak mcm complicated je mskn aku ni. Tp sbnr nye very the simple.. Resepi ni aku amik dr mjlh mingguan wanita.




Bahan-bahan:

Untuk ikan:
700 gm isi ikan dory - (potong kecik).. beli kt carrefour, ada jual yg frozen
5 sdb tepung ubi
5 sdb tepung beras
1 sdk serbuk black paper
1 bj telur - di kocok dgn garfu
1 cwn tepung goreng Kentucky
Minyak untuk menggoreng

Cara buat:
Gaul tpg ubi, tpg beras dan black paper. Tuang atas ikan dan gaul rata.
Celupkan ikan dgn telur dan kemudian golekkan ikan atas tepung goreng Kentucky.
Goreng secara deep fry. Goreng hingga kekuningan. Angkat dan tos kan minyak.

Untuk kuah sweet sour:

Bahan-bahan:
3 sdb lada kering blender (blend siap2 dgn bwg mrh + bwg putih)
3 sdb sos tomato
3 sdb sos cili
garam
1 sdb gula
1/2 bj capsicum merah - ptg kecik
1/2 bj capsicum kuning - ptg kecik
1/2 bj zuccini (timun jepun) - ptg kecik
1 keping nenas - potong kecik
1/2 bj bwg besar - di racik

Cara Buat:
Tumis lada  blender. Masukkan sos tomato dan sos cili.
Masukkan garam dan gula. Tumis hingga naik bau.
Masukkan capsicum, zuccini dan nenas. Gaul rata dan tutup api.
Tuang atas ikan. Hias dgn bwg besar.

Ketam Masak Telur Masin


Ni lauk yg aku msk semalam.. ltk kt pesbuk ramai yg mntk resepi..x krg jgk yg meleleh air liur!!hehehehee.. resepi ni aku amik dr bbrp sumber kt internet pastu olah ikut selera tekak aku..:) orait guys, ni resepi nya..

Bahan-bahan:
1/2 kilo ketam bunga (di belah 2)
3 sdb tpg jagung
3 bj bwg putih - di tumbuk halus
10 helai daun kari
5 bj cili padi - potong kecik
3 sdb susu cair
4 bj telur masin - rebus dan ambil kuning telur je. (aku campur putih telur sket..syg nk buang smua..)
garam
minyak

Cara buat:
Gaul ketam dgn tepung jagung. Panaskan minyak dan goreng ketam hingga kekuningan. Angkat dan ltk tepi.
Minyak bks menggoreng ketam, tinggal kan dalam 3 - 4sdb. Tumis bwg putih hingga garing.
Masukkan cili api dan daun kari. Tumis hingga naik bau.
Masukkan susu cair dan telur masin. Masukkan garam sket. Gaul rata lps tu masukkan ketam.
Masak kejap je sekadar bhn2 digaul rata dgn ketam.
Angkat dan hidangkan. Ms hidang tu, aku curah sket lg susu cair ats ketam tu. X yah bnyk, cuma nk kasi naik lg dia pnye rs lemak tu.. enjoyyy!!!



Seriously, aku rs mskn ni menyerlahkan lg rs ketam. Daun kari tu memang menaikkan flavour ketam tu.. huhuhuu.. incek hubby tmbh smpi 3 pinggan smlm!! lps tu bising, x lrt nk gerak sbb perut knyg sgt!!hahahahaa..

Peach Cake..



Assalamualaikum.. kek ni di buat ms weken lps. Bosan thp gaban, maka makcik pun selongkar2 pantry. heheheee.. tgk dlm fridge ada plk belen buah pic. Trs tringat risalah2 resepi yg mak aku kumpul (pastu aku rembat bwk blk umh. Ada resepi kek buah pic.. mcm menarik dan tertarik, langsung ku capai bhn2 dlm pantry dan trs memulakan operasi. Hehehehee.. Okey, ni resepi nya ye..


Resepi Sponge Cake: (Dlm mjlh dia srh pki sponge cake mix, tp aku dgn rajin nya wt sndri..)

Sumber: Creative Cake Decorating

Ingredients and cake tin sizes:
Round tin sizes 6 inches 8 inches 10 inches 12 inches
Square tin sizes 5 inches 7 inches 9 inches 11 inches
Self raising flour 65g 130g 260g 520g
Baking powder 1/8 tsp 1/4 tsp 1/2 tsp 1 tsp
Eggs (separated) 2 4 8 16
Cream of tartar 1/8 tsp 1/4 tsp 1/2 tsp 1 tsp
Salt a pinch a pinch a pinch a pinch
Castor sugar 90g 180g 360g 720g
Butter (melted) 30g 60g 120g 240g
Water 30 ml 60 ml 120 ml 240 ml
Vanilla essence 1/2 tsp 1 tsp 2 tsp 4 tsp



Method: Preheat oven to 170 degrees Celsius.

Sift flour and baking powder 3 times. Leave aside.

Whisk egg whites with cream of tartar and salt until stiff peaks are formed. Add sugar and continue whisking until stiff peaks form again.

In a separate bowl, beat egg yolks with melted butter, water and vanilla essence. Fold into the egg whites and combine well.

Finally fold in the sifted dry ingredients and pour batter immediately into a cake tin lined with greaseproof paper. Bake the cake for approximately 30 – 40 minutes. The cake is done when the top springs back when lightly pressed.

Remove cake from oven and let it cool completely before decorating it.





Okay, ni resepi utk filling nya pulak..

Sumber : Majalah Wanita

Bahan-bahan:
1 tin buah pic
3 bj kuning telur
100 ml susu segar
100 gm gula
1 sdk esen vanila
30 gm gelatin
60 ml air panas
500 ml whipping cream - topping pride
100 ml heavy ceam

Cara-cara:
Cair kn gelatin dgn air panas dan ketepikan.
Dgn menggunakan sauce pan, masak susu dan masukkan kuning telur. Kacau rata.
Masukkan gelatin, gula dan esen vanila. Masak hingga pekat. Angkat dan sejukkan.
Dalam mangkuk besar, pukul whipping cream dan heavy cream hingga kental. Campurkan bhn2 yg dah di sejukkan tadi. Gaul rata.
Masukkan sebentar dlm fridge dlm 1 jam utk mengeraskan adunan.

Cara assemble kek:

Belah kek menjadi 2 bahagian.
Susun buah pic ats kek dan tuang kan whipping cream ats buah pic. Tindihkan dgn kek satu lagi.
Sapukan whipping cream di ats kek dan keliling kek. Hias lg dgn buah pic. Nak lg sedap, masukkan kejap lg fridge dlm sejam.. Pastu, ape lg.. NGAPP laaaa!!hehehehehee..

Tuesday, February 14

Nasi Gaul (Resepi Orang Banjar)

Hmmmm..bercerita psl nasi gaul ni.. Nasi gaul ni masakan tradisi masyarakat banjar kt Johor.  Aku mmg org banjar, anak banjar. Mama n abah ku org banjar. Hubby ku sebelah ayah dia mmg keturunan banjar. :) Aku bisa besurah banjar dan masih mengekalkan bahasa itu bile 'speaking' dgn mama aku.. Hihihii..okay, ini resepi nya...

Bahan-bahan: Hidangan utk 5 org

1/2 kg Beras basmati
5 ulas bwg kecik
3 ulas bwg putih
2 sdb minyak sapi

1 ekor ayam -potong 12 ketul
1 cwn sos tomato
5 cwn air
garam
rempah tumis (4 sekawan)

Cara Buat:
1) Rebus ayam dgn 5 cwn air. Masukkan sos tomato, rempah tumis dan garam. Rebus hingga ayam empuk. Bila ayam empuk, angkat ayam dan ketepikan. Air rebusan jgn di buang.
2) Hiris bwg kecik & bwg putih. Panaskan kuali dan cairkan minyak sapi. Tumis bwg dgn minyak sapi hingga kekuningan.
3) Basuh beras dan toskan. Masukkan bwg dgn minyak sapi. Gaul rata dgn beras. Masukkan air rebusan ayam dan masak nasi. (Guna rice cooker je sng...)

Acar:
1 bj timun - di racik kasar
2 bj tomato - di racik kasar
3 bj lada merah
3 bj lada hijau
1 bj bwg besar - di mayang halus dan gaul dgn 1 sdk garam
1/2 cwn sos tomato
1 inci belacan - di bakar
1 cwn air panas

Cara buat:.
1) Hancurkan belacan dgn air panas.
2) Masukkan timun, tomato, cili merah, cili hijau dan bwg besar.
3) Masukkan sos tomato dan gaul rata dgn segala bhn2 di ats.

Enjoy... Resepi yang mudah + sedap dan enak!! Kalo masak nasi gaul ni.. mmg x blh thn. Bau semerbak 1 rumah! hehehehee..






Moist Chocolate Cake With Chocolate Ganache


Kek ni bos aku oder.. pdhal yg aku bwk sample g opis red velvet, tp dia nk moist choc cake plk.. hihihi.. cari pnye cari dgn bersumber kn 'otai2' blogger yg aku rs msk thp masterchef.. maka dijumpekan aku dgn resepi ni. Aku pilih resepi ni dr suara hati jek! hahahahaa.. ada jgk bbrp resepi lain yg aku jumpe, tp bila pertama kali terpandang..hati aku berkata, this is the cake i was looking for! Alhamdulillah, bos bg komen positif! dia kata next time dia nk oder lg.. ;) n aku sndri rs kek ni.. bile kek ni di masukkan ke dlm mulut, terasa spt ada rama2 berterbangan! Mcm tu la indah nye perasaan bile mkn kek ni tau! hehehehee..



Okay ladies.. kek ni aku amik drp resepi kak zai yg menggabungkan resepi drp sumber2 lain. Tq so much kak zai for this yummylicious cake receipe!

Bahan A - diayak
2 cwn tepung gandum
1 cwn serbuk koko
1st bpowder
1st soda bicarbonate

4 biji telur
2 cwn gula halus - aku guna 1 1/2 cwn
1 cwn susu pekat
1 cwn minyak sayuran
1½ cwn air panas mendidih

 Cara
1. Pukul gula + telur = kembang (high speed)
2. Masukkan susu pekat } medium speed
3. Masukkan minyak }low speed
4. Masukkan bhn A sedikit demi sedikit } low speed
5. Masukkan air panas dlm adunan tadi (part ni tak perlu pukul just ratakan ngan senduk kayu)
6. Bakar 40-45’ - aku bg 2 adunan (cake tin 9' inci)

Chocolate ganache
200gm Whipping cream
300gm cooking chocolate - aku guna Beryl's Dark Chocolate
1 sdb butter / majerin
2 sdb madu

Masak whipping cream dgn api sederhana sehingga keluar buih
Masukkan cooking chocolate yg telah dipotong kecil2..
Kacau sehingga sebati..
Masukkan madu dan butter..tutup api & kacau lg ...

TAMBAHAN DARI AKU: kalau x nk bubuh pun x pe..
Cake Frosting :   Frosting ni aku ltk in between cake (kalau wt kek 2 lapis cm aku) n top of the cake - utk dapatkan permukaan yg licin. Sbb klu terus tuang choc ganache yg cair tu, rupe kek m.be x bpr cantik.


Sumber : Beantown Baker

Dark Chocolate Frosting
6 Tbsp butter
2 tsp vanilla extract
3 cups powdered sugar
3/4 cup dark cocoa powder - i used 3 tbs chocolate emalco
1/3 cup milk - i used Anchor Whipping Cream

Cream butter and vanilla.

In a separate bowl, combine powdered sugar and cocoa powder. Add dry ingredients to creamed mixture.

Slowly add milk until frosting reaches desired consistency, then beat another 5 minutes creamy.


Cara Assemble Cake


1) Sapu rata chocolate frosting di ats kek no1, kmdn tindihkan dgn kek yg ke2. Sapu rata chocolate frosting di ats kek yg ke 2 td. Lebihan coklat frosting boleh lah di sapu rata di bhgn tepi sekeliling kek.
2) Tuang kan 1/2 adunan chocolate ganache di ats kek. Ratakan. Masukkan dlm peti ais semalaman.
3) Lebihan yg lg1/2 chocolate ganache (utk hiasan) perlu di sejukkan semalaman - hingga keras. Bile dah keras, boleh lah di masukkan ke dlm piping bag dan pipe kn ikut deco yg korang suke..

Sekian, terima kasih...

Monday, February 13

Ayam Ala Bali

Ayam ala bali ni pun sedap.. (aku kalo bab mkn mn de yg x sedap!hahahahaa...) smlm dlm bz menyiapkan tempahan org oder kek, igt kn mls nk msk. Tp dah terjanji dgn hubby nk msk, maka ku sempat2 kan jgk msk! huhuhuu.. tp ayam bali ni resepi nye mmg simple.. sedap pulak tu! tq cik Diana ats resepi yg sedap ni!
Okay, here is the receipe..




Sumber : Diana

Bahan²
950 gm ayam yang telah dibuang kulitnya dan dipotong kecil
1 inci halia _ dihiris
1/2 inci lengkuas _ dihiris
2 batang serai _ dihiris menyerong
2 - 3 helai daun limau purut _ dimayang / dicarik²
Serbuk kunyit
Garam
Minyak untuk menggoreng


Bahan² Kisar ( Kisar menggunakan food processor )
10 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
6 tangkai cili kering

Bahan² A
2 tbsp ABC soy sauce
2 tbsp sos tomato Maggi - aku bubuh tomato puree
2 tbsp sos cili Maggi
1 tsp perencah pati ayam Tumix - x bubuh
Gula merah secukup rasa - aku bubuh brown sugar
Garam jika perlu


Cara²

  1. Lumurkan ayam dengan serbuk kunyit dan garam.
  2. Panaskan minyak yang banyak.. Goreng ayam sehingga masak tapi jangan terlalu kering.. Angkat dan toskan.. Ketepikan.
  3. Di dalam kuali yang lain.. panaskan sedikit minyak ( boleh juga menggunakan kuali dan minyak gorengan ayam tu tadi.. tinggalkan sedikit minyak tu untuk menumis ) dan tumis bahan² kisar hingga terbit aromanya.
  4. Kemudian masukkan halia dan lengkuas.. Tumis lagi hingga pecah minyak.
  5. Masukkan serai serta daun limau purut dan tumis lagi seketika hingga wangi.
  6. Tambahkan bahan² A dan gaul rata.
  7. Setelah mendidih dan sedikit pekat.. bolehlah dimasukkan ayam goreng tadi dan gaul rata.
  8. Masak seketika dan sesuaikan rasa.
  9. Tutupkan api dan sedia untuk dihidang bersama nasi putih panas.


Ayam Masak Ungkep

Ayam ungkep ni masakan jawa. Ungkep ni mmg best. Ada org suka pakai ayam pencen. Tp kt bandar ni payah sket nk cari. Ayam daging pon sodap! hehehe.. Ni resepi nye ye..

Bahan-bahan:

Bhn A:
5 bj bwg kecik
3 bj bwg putih
5 tangkai cili kampung / cili api
10 tangkai cili kering
3 sdb ketumbar
2 sdb jintan manis
2 sdb jintan putih
2 btg serai - dihiris
1 inci halia
1 inci kunyit
1 cwn air
Minyak

Bahan Lain:
1/2 kg ayam - potong kecik & goreng sikit
Garam secukup rasa
1 sdb gula


Cara buat:
Blender bahan A hingga lumat. Tumis hingga naik bau. Masuk kan ayam. Tumis lg dan masukkan air. Masak hingga kering. Sblm kering, masukkan garam dan gula.




Saturday, February 11

Sambal sotong

All time favourite ini sambal tau.. hihihi.. smlm hr sabtu pn aku pulun keje. Gile nk kumpul cuti sbb lg 2 mggu nk g holiday.. huhuhu.. tnye hubby pg td dia mkn ape.. dia dgn muke sedih ckp, abg mkn roti je bekfes td. Huh.. hubby ku.. kalo mkn roti je time bekfes dia sanggup mogok lapo! Hehehehe.. blk keje, aku tgk incek hubby dgn cousin dia tgh operate dapur aku. Dah lama dapur aku tu api merah, abes kuali periuk jadi 'geseng' org jawa ckp. Geseng tu, bontot kuali dah jd itam bekarat! huhuhu.. setel keje diaorg dlm pkl 1 lbh br aku strt msk. Api dapur dh cantek, lalu incek hubby dgn nada memerli.. api dah cantek tu.. slalu2 la msk sedap2 ek.. huh! ada mkna rupenye.. hihihi.. lalu aku pn membalas.. api dah cantek ni bole la mintak kuali Tefal ke.. cpt2 incek hubby malarikan diri.. hahaha.. ala, kuali cantek ke huduh ke.. yg penting masak! Ada kuali mahal2 cantek2 pn, tp xmo masak, baik jual blk je kt pasar karat (klu kt bt pht ni, psr karat tu tpt org asli jual brg2 terpakai dr s'pore..) hehehe.. okay, ni resepi sambal sotong ye..

Bahan-bahan:

1/2 kg sotong - potong bulat2
1 ulas bwg bsr
5 ulas bwg kecik
3 ulas bwg putih
segenggam lada kering
3 sudu asam jawa + 1 cwn air
1 cwn air
1/2 cwn gula
3 sdb brown sugar
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

Cara buat:
Blender lada kering dgn bwg.  Panaskan minyak, bile dah panas masukkan lada blender tadi. masukkan air asam. Didihkan lg dan masukkan lg 1 cwn air. Masukkan gula dan brown sugar. Masak sekurang2 nya 1/2 jam hingga pekat. Masukkan sotong dan masak dlm 10 minit. Masukkan garam secukup rasa.

Wednesday, February 8

Sticky Dates Cake With Hot Toffee Sauce

Nama kek ni kalo melayu nye.. kek kurma. Klu ikut omputih nye Sticky Dates Cake. Kek ni mmg nk kna ada kwn dgn Toffee Hot Sauce. Br lg 'feel'.. hehe. Okay, ekceli kek ni aku buat utk mama aku. Aritu ms aku buat brownies utk guest dtg umh tp x dpt kasi dia sbb aku buat x bnyk. So, aku janji nk buatkan kek lain utk dia. Org tua ni bkn suke sgt kek coklat yg berkrim2 tu kan. So, kek kurma ni mmg the best choice la kot. :)

Kek ni manis jgk. Manis sbb pakai kurma n brown sugar. Kalau rs x suka manis sgt, kurang kan brown sugar ye. Resepi kek ni aku amik dr pelbagai sumber. Combine amik sana sikit, sini sikit.. so terhasil la kek kurma ni.




Sumber: Edible Garden  &  taste.com.au

Ingredients:
3/4 cups pitted dates
3/4 cups water
2 tsp vanilla extract
1/2 tsp baking soda
1/4 cup unsalted butter, softened (room temp)
3/4 cup firmly packed brown sugar
2 eggs
2 cups of raising flour
1/4 tsp cinnamon powder
1/4 tsp nutmeg powder
A pinch of salt

For Hot Toffee Sauce:
1/4 cup firmly packed brown sugar
1/2 cup thickened cream
2 tbsp unsalted butter, softened (room temp)
2 drops of vanilla extract

Step One
Pre-heat oven to 350F / 180C. Grease a springform cake pan or a normal round cake tin with butter.

Step Two 
In a saucepan, simmer dates in water and vanilla until they are soft and almost mushy (about 10-20 mins). Remove from heat and stir in baking soda. The mixture will foam a bit. Mix well and set aside to cool completely.

Step Three
In a bowl, cream butter with brown sugar until fluffy. Blend in eggs and then fold in flour, baking powder and salt. Then add the dates and mix until well combined.

Step Four
Then add the raising flour, cinnamon and nutmeg and mix until well combined. Pour into prepared cake pan.

Step Five
Bake for 40-50 mins, until a skewer inserted into the cake comes out clean. If the cake has crowned, cut off the top until the cake is level.

To Make Hot Toffee Sauce
Bring brown sugar, cream and butter to a gentle boil and let simmer for 5-7 mins until the mixture thickens. Remove from fire and stir in vanilla. Set aside.


Once the cake is done, when its still warm, poke holes with a skewer and pour the sauce over, allowing the cake to absorb it. Serve slightly warm or at room temperature.

Do yourself a favour and bake this NOW. Don't miss out the toffee sauce, the cake will definitely not taste as good without it.
   

Tuesday, February 7

Nasi Kismis Bergajus

Nyum..nyum..very the sedap tau ini nasi!Di sebabkan smlm aku cuti, maka bnyk la masa skodeng dapur orang sana cni pnye resepi best. Maka terjumpe la resepi ni. X bleh thn, trs strt kete g kedai bli brg2. Time msk tu pn, sementara nk tggu dia kering tah bpr kali msk mulut sendri! hahahahaa.. buruk lantak betul. Hmm.. nasi kismis ni mmg sedap di makan dgn ayam kashmir. Resepi utk ayam kashmir aku ltk kt sini . Okay dear, ini resepi nasi kismis.

Sumber : Dapur Tanpa Sempadan


BAHAN-BAHANNYA :
4 cawan beras basmathi, cuci dan rendam 25 minit, toskan.
5 cawan air
1 cawan susu sejat
1 kiub ayam "Maggi" (optional)
2 camca besar mentega
Garam secukup rasa
1/3 cawan kismis

BAHAN TUMIS :
1 biji bawang besar, didadu
2 ulas bawang putih, hiris
1 batang serai, dititik
1 helai daun pandan, disimpul
1 inci halia, hiris nipis
1 kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga

BAHAN HIASAN
Hirisan daun bawang
Hirisan daun sup
Bawang goreng
1/2 cwn gajus - goreng

CARA MEMBUATNYA :
  1. Dalam kuali, cairkan mentega, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum, masukkan beras dan kacau hingga mesra, masak 1-2 minit. Masukkan kiub ayam (hancurkan) dan gaul rata.
  2. Alih beras ke dalam rice cooker, tuang air dan susu, kacau rata. Tambah garam secukup rasa dan tanak nasi seperti biasa. Bila kering, taburkan kismis dan biar nasi betul2 masak. Gaul nasi dengan chopstik. Biar sekejap.
  3. Tabur bahan2 hiasan sebelum dihidangkan bersama acar dan lauk2 kegemeran. Selamat mencuba..

Ayam Kashmir

Ayam kashmir..a very good combination served dgn nasi kismis bergajus ni. Seriusly, ayam kashmir ni mmg sedap!! Smlm cuti, so masak la sedap2. X sempat tggu hubby blk umh, aku dah baham dulu.. hahahahaa.. hmm.. citer psl rasa dia ek, ok rasa dia curry alike, ada masam n manis sket. Utk tau dgn lebih lanjut, better korang cuba sendiri resepi ni k..:)

Sumber resepi : Dayang


Bahan-bahan :

  • 1/2 kg ayam (dipotong ikut suka dan digoreng 1/2 masak jika suka)

Bahan A :

  • 6 biji bawang merah (dihiris)
  • 1/2 labu bawang besar (dihiris)
  • 3 bawang putih (dihiris)
  • 1 inci halia (dihiris)
  • 1 batang serai (diketuk)
  • rempah 4 sekawan 
  • sedikit daun kari
Bahan B :

  • 3 sb puri tomato
  • 1 sb serbuk cili
  • 2 sb rempah beriyani
  • 2 sb rempah kari daging
  • 4 biji tomato (dipotong kecil)
  • garam dan gula secukup rasa
  • minyak masak secukupnya
  • 2 biji ubi kentang (dipotong) - x bubuh
Cara-cara :

  1. Panaskan minyak dan tumis semua bahan A hingga terbit bau. Satukan serbuk rempah, puri tomato dan serbuk cili di dlm mangkuk dan bancuhkan dengan sedikit air. Kemudian masukkan ke dalam bahan A tadi dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  2. Masukkan ayam, ubi kentang dan air secukupnya. Gaulkan. Biarkan ia masak.
  3. Masukkan tomato, garam dan gula secukupnya. 
  4. Hidangkan setelah masak.


Monday, February 6

Bubur Lambuk



Bubur lambuk..alahai bubur lambuk... huhuhu.. banyak2 mknn yg almost semua benda dia telan, tp knpa la tidak bubur wahai suamiku. Sadis betul la.. Hmmm.. tp sbb tekak aku yg tringin, aku masak jgk bubur lambuk ni. Masak seperiuk, 3/4 ku bedal sendiri, lg 1/4 aku kasi kt mama aku. Tau2 je la, nk cari bubur lambuk klu x bln puasa mmg payah sket. Lg satu ramai org buat time Hari Asyura'. Tp kalau kt kampung mak aku org buat campur segala bagai ubi + keledek , siap dgn pucuk ubi!!Huhuhu..x tertelan plk rs nya. Susah jgk org yg tekak demand cam tekak aku nih.. Mama aku slalu bising sbb aku mmg cerewet bab mkn. Tp kecerewetan aku ni la yg aku rs dpt menghasilkan masakan yg betul2 sedap!hahahaha..(perasan betul makcik srg ni..;p ) Hai bubur lambuk..ikut kn ati nk je aku masak selalu.. Tp bile nmpk laki aku wt muka sayu tgk aku mkn srg2, rs x smpi ati plk.. :( hmmmm...


Okay la, ni resepi bubur lambuk nya ya puan2.. resepi ni aku amik sumber nya dari sini .  Ada sikit2 yg aku olah ikut tekak makcik yg cerewet ni..hehehee..

Bahan-bahan ( satu periuk untuk 4-5 orang )

  • 1 cawan beras
  • 3 cawan air
  • 4-5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • sedikit halia
  • 2-3 sudu besar rempah kurma
  • sedikit kulit kayu manis, buah pelaga & bunga lawang
  • 1 mangkuk daging/ atau lebih -ikut selera masing masing (dihiris nipis)
  • 1/2 cawan santan
  • minyak untuk menumis
  • daun ketumbar (hiasan)- aku tukar daun sup & daun bawang
  • bawang goreng (hiasan)
  • garam & gula secukup rasa 
Tambahan ingredient bubur lambuk aku:
  • buah gajus - roasted kejap sampai kuning
  • lobak - potong kecik2 (dadu)

Cara-cara

  1. Panaskan minyak, tumis kulit kayu manis, buah pelaga bunga lawang. Kemudia masukkan bawang, bawang putih & halia yang telah dia kisar bersama.
  2. Bila dah naik bau, masukkan rempah kurma. Jika terlalu kering, masukkan sedikit air. Masak hingga naik minyak.
  3. Masukkan pula daging, beras & air. Biarkan bubur merenih sehingga daging dah beras masak.
  4. Masukkan gajus & lobak.
  5. Bila bubur dah masak..masukkan santan, rasa garam gula, & masak lagi sehingga mendidih.
  6. Hiaskan dengan bawang goreng & daun ketumbar.

Udang Masak Lemak Cili Api Dengan Nenas


Last week, mggu last jugak pemantauan Zon Parit Raja. Member bgtau ada satu kedai kt ctu jual brg murah. Menyambil2 beli brg dpr, tertengok kt wet section dia ada jual mcm2 ikan. Yang lg best, aku nampak sebesen udang pici saiz xxxl yg fresh! Sekilo br rm20.. murah yang amat itu!!Janji ngn hubby nak msk lemak cili api dgn nenas. So, beli 1/2 kg..pnye la bnyk..br 10 hengget! Incek hubby mintak beli lg. Aku dgn nada sedih ckp.. pasni pantau Batu Pahat plk bang.. kt pasar BP ssh nk jmpe udang pici saiz camni..:( huhuhuu.. okey la, xmo lyn frust...ni resepi udang peberet kitaorg..;)

Bahan-bahan:
Bahan A:
5bj bwg merah
3 bj bwg putih
1 bj bwg besar
5 bj cili api
3 bj cili merah

Bahan Lain:
1/2 kg udang - goreng sekejap
1/2 bj nenas - di potong kecik
serai - di titik
garam secukup rasa
1 cawan santan

Cara Buat:
Blender bahan A dan tumis hingga naik bau.
Masukkan santan dan serai. Didihkan.
Masukkan udang dan nenas. 
Masukkan garam secukup rasa.






Friday, February 3

Pot..pet..pot..pet.. brownies again (Chocolate Fudge Brownies..)

1st pic

Assalamualaikum.. ms menulis blog ni aku kt opis. Turn keje hr minggu. Sementara tggu budak2 ni anta report, makcik sempat2 kan menulis..hihihi.. Okay, tajuk kita pd kali ini adlh Chocolate Fudge Brownies. Hmm..bercerita psl brownies ni, mmg sronok.. sronok sbb nk citer pengalaman2 lps aku yg dh bbrp kali wt percubaan buat brownies ni. Aku x minat brownies yg cake alike.. Aku suke brownies yg fudgy inside but the crust crispy outside.. Tgk dia pnye crust, mcm crack lava gunung berapi!! ;p Mcm pic ni.. klu yg x familiar, tgk brownies aku ni cm slh resepi jek.. hahahahaa.. but for me, this is the perfect brownies look..

Sblm ni, aku pnh citer.. bbrp kali percubaan buat brownies menemui kegagalan. X pts asa, aku trs cari dan mencari teknik wt brownies yg terbaik. Nak wt brownies pun kna wt homework dulu tau.. hihihi.. korang tgk pic kt bwh ni. Ni rupe brownies dgn resepi yg sama dgn brownies kt ats ni.

 2nd pic

Nampak beza kan?? Brownies aku yg ni, rupe mcm kek biase jek..:( sbb frust x dpt rupe yg aku nak, aku tabur gula icing..huhu.. tp ni ms awl2 percubaan dulu.. Skrg bile dah tau teknik yg betul.. makcik sgt gembira dgn hasil nye ok..  So utk dpt brownies crust mcm pic brownies yg 1st tu, aku dah pnh membebel kt entry brownies yg sblm ni.. x yah membebel bnyk2, kt bwh ni aku bubuh resepi nya ye..

Bahan-bahan:
170gm dark chocolate
6 sdb unsalted butter
1/4 cwn serbuk koko
2 bj telur
1 cwn gula castor
3/4 cwn tepung gandum
1/2 sdk garam
1 sdk baking powder
1 sdk esen vanilla
9' inch x 9' inch baking pan
kertas minyak


Cara Buat:
Panaskan oven 180 celcius.
Alas kan baking pan dgn kertas minyak.
Cairkan dark chocolate, butter n serbuk koko secara double boiler. Ketepikan.
Dalam bekas lain, pukul telur dan gula. Masukkan esen vanilla dan garam (gunakan hand mixer).
Masukkan coklat yg dicaikan td (gunakan senduk kayu je).
Masukkan tepung, baking powder (gunakan senduk kayu jgk. Gaul sekadar sebati).
Masukkan dalam oven. Bakar selama 30 - 40 minit.
Sejukkan ats cooling rack. Potong ikut bar yg di sukai.

Layan lg pic yg menggegarkan tekak kt bwh ni ek.. ;p


Sloppy Joes..


Dah bpr hari 'usha' resepi ni..hihihi.. Arini kua g k4 trs beli ape2 yg patut. Jumaat rehat lama, so blk umh trs memulakan operasi. baiklah tuan2 dan puan2, sila baca dan teliti resepi nye kt bwh ni ye..

Bahan-bahan:
3 sdb extra virgin olive oil
1 bj bwg holland - di hiris bulat2
3 bj bwg putih - di parut (guna hand grated)
1 bj capsicum - di potong kecik
200 gm daging cincang
1 sdb serbuk paprika
1 sdb serbuk black paper
2 sdb serbuk cili
3 sdb sos cili
1/2 cwn air
1 sdb brown sugar
garam secukup rasa

Cara Buat:
Tumis bwg holland hingga kuning.
Masukkan capsicum dan bwg putih. Masak seketika.
Masukkan daging cincang dan gaul rata dgn capsicum.
Kemudian, masukkan serbuk paprika, serbuk cili dan black paper serta sos cili.
Masukkan air dan tumis beberapa minit dgn daging cincang.
Masukkan brown sugar & garam secukup rasa.

Bila bahan2 tumisan dah nmpk kering, boleh lah ttp api dan letakkan di ats roti burger.. sedap di mkn time pns2. Nak syok, bubuh je bnyk2 kt dlm roti tu. Lg meleleh lg best!!!;p

Thursday, February 2

Sotong Goreng Tepung





Ada bbrp org kwn yg tnye aku..knpa dia pnye sotong goreng tepung x bersalut tepung..erm..nk jadikan dia cm cekodok pun boleh klu ikut resepi aku ni..hahahaha.. tp ms pic ni di amik, sotong aku dh siap potong n terbelah kt tengah2. Ni kes beli pastu potong siap2..x bajet nk wt sotong grg tpg. Utk wt stg grg tpg, seeloknya sotong di potong bulat2. Ni resepi nya..

Bahan-bahan:
1/2 kg sotong - di potong bulat
1 sdb serbuk black paper
1 sdk garam
1 biji telur - di kocok dgn garfu
3/4 cwn tpg gandum
1/2 cwn tepung beras
1 sdk kunyit

Cara buat:
Satukan tepung beras, tepung gandum & serbuk kunyit. Gaul rata. Ketepikan. Sotong yang dah di potong, di toskn sekejap, klu nk lg efektif.. bungkus sotong dgn tisu dapur utk kering kan air sotong. Bila nmpk sotong dh kering, gaulkan dgn serbuk black paper n garam. Celup kn dlm telur. Lps tu boleh lah di golek kan ke dlm tepung. Klu nk tebal lg, celup smla dlm telur dan golek kn skali lg dlm tepung. Lps celup tepung, trs masukkan dlm kuali. Goreng secara deep fry ye..(minyak nk kna bnyk)..bile dh nmpk sotong tu kuning, trs je agkat.. Jgn di biarkan terlalu lama nnti sotong tu jd liat..  Tanggal pulak gigi pelesu korang time nk kunyah sotong tu nnti..hihihiii..

Sambal udang

Sambal udangggg... aku n hubby mmg gile seafood..sebulan skali msti g mkn kt sabak awor.. mkn 2 org tp berjenis2 seafood yg kitaorg oder..hahahahaa.. hmmm.. pic di ats menunjukkan sambal udang yg aku msk last week.. kalo aku.. sambal udang msti pedas n manis.. tp terpulang la kan.. ada yg suke pedas semata2.. kalo aku.. sambal tumis lbh2 lg yg  di mkn dgn nasi lemak misti mau manis lebeh sket... jgn kna kencing manis potong kaki suda..huhuhuu.. x pe la..mkn sedap dulu..sakit kemudian.. bole gitu?? lgpun wt perabih duit aku je byr insurans mhl2 tiap bln.. rugi medical card kalo x digunakan...hahahahaa.. okey, sambil layan pic kt ats ni.. layan resepi aku kt bwh ni plk.. resepi simple n sng jek.. pejam mata pun bole msk.. ;p

Bahan-bahan:
1/2 kg udang pici - di buang kulit tp jgn buang sesungut
1 ulas bwg bsr
5 ulas bwg kecik
3 ulas bwg putih
segenggam lada kering
3 sudu asam jawa + 1 cwn air
1 cwn air
1/2 cwn gula
3 sdb brown sugar
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

Cara buat:
Blender lada kering dgn bwg.  Panaskan minyak, bile dah panas masukkan lada blender tadi. masukkan air asam. Didihkan lg dan masukkan lg 1 cwn air. Masukkan gula dan brown sugar. Masak sekurang2 nya 1/2 jam hingga pekat. Masukkan udang dan masak dlm 10 minit. Masukkan garam secukup rasa.

Note: masak sambal tumis ni klu blh biar lama. Sekurang2 nya 1 jam utk dapat kepekatan & dan warna sambal yg menarik. Jgn lupe..api pun kna pelan jek..

Selamat mencube!

Mee Rebus Johor





Last week buat mee rebus ni..masukkan dlm fb..ramai plk yg kecur liur tgk..okay..kt cni aku share resepi nya..amik resepi kt sini .. ada sikit2 aku ubah n olah ikut kesesuaian tekak n lps merujuk brg2 yg aku ada kt dlm fridge..hihihii..



Bahan-Bahan
1 kilogram mee kuning dan dicelur
300 gram taugeh - dlm pic ni aku x ltk pun..
2 tangkai daun sup dan dihiris
2 tangkai daun bawang dan dihiris
8 biji cili merah dan dihiris - aku guna cili ijau..
4 keping tauhu goreng dan dihiris
Sedikit bawang goreng
6 biji telur dan dibelah
6 biji limau kasturi dan dibelah
2 biji kentang di rebus dan dihiris nipis

Bahan Penumis Dikisar
2 sudu besar ketumbar
8 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
18 tangkai cili kering
1 sudu kecil jintan kasar
1 sudu kecil jintan manis


Bahan Kuah
300 gram daging dan dicincang - aku guna filet ayam
200 gram tetel dan direbus - x bubuh
300 gram keledek dan direbus dan di blend lumat
250 gram udang basah - aku pki 50gm udang kering
5 sudu besar taucu - x bubuh
1 cawan kacang tanah dan ditumbuk halus - x bubuh
1 batang serai dan diketuk
2 sentimeter lengkuas dan diketuk - x bubuh jgk!hehehee..
½ cawan minyak masak
Garam, gula dan air secukupnya

Cara Penyediaan
  • Panaskan minyak masak dalam periuk.
  • Tumiskan bahan penumis hingga garing.
  • Masukkan daging/ ayam dan udang kering.
  • Gaulkan supaya bercampur rata.
  • Masukkan keledek, serai, garam dan gula. Kacau selalu supaya tidak hangit.

Apple Crumble Pie



Apple crumble pie..sesedap mata memandang pic ni..sesedap itu la rs nya..mmg best gile apple pie ni..tmbh2 lg dgn crumble kt ats tu..boleh bayang kan x apple tu dibanjiri dgn caramel sauce limpahan drpd brown sugar...hihihi..kejam kan??? Haaaa..tgk pic kt bwh ni.. caramel sauce nye smpi melimpah di luar pie shell.. ;p


Okay, ni resepi crumble apple pie ni..hmm..mls nk tulis..copy paste je dr sini .. tp dlm resepi ni dia guna ready made pie shell, dan oleh krn malaysia kte ni org jarang wt pie..maka nk cari ready made pie shell rs mcm mission impossible plk.. so, kt bwh ni aku ada ltk skali resepi nk wt pie shell skali.. copy paste dr sini ..


Homemade Pie Shell Receipe:


  • 2 cups all-purpose flour
  • 1 cup (2 sticks or 8 ounces) unsalted butter, very-cold, cut into 1/2 inch cubes
  • 1 teaspoon salt
  • 1 teaspoon sugar
  • 6 to 8 Tbsp ice water
Method:

1 In a large bowl, combine flour, salt, and sugar. Add ice water bit by bit until mixture just begins to clump together. If you pinch some of the crumbly dough and it holds together, it's ready. If the dough doesn't hold together, add a little more water and pulse again. Note that too much water will make the crust tough.

2 Remove dough from bowl and place in a mound on a clean surface. Sprinkle a little flour . Gently shape the dough mixture into disks form. Wrap the dough disk in plastic wrap and refrigerate at least 1 hour. 

3 Remove one crust disk from the refrigerator. Let sit at room temperature for 5-10 minutes in order to soften just enough to make rolling out a bit easier. Roll out with a rolling pin on a lightly floured surface. As you roll out the dough, check if the dough is sticking to the surface below. If necessary, add a few sprinkles of flour under the dough to keep the dough from sticking. Carefully place onto a 9-inch pie plate. Gently press the pie dough down so that it lines the bottom and sides of the pie plate. Use a pair of kitchen scissors to trim the dough to within 1/2 inch of the edge of the pie dish.

4 Add filling to the pie.

Apple pie filling receipe:

  • 6 cups peeled apple slices
  • 3/4 cup granulated sugar
  • 1/2 teaspoon cinnamon
  • 1/4 teaspoon nutmeg
  • 1/8 teaspoon salt
 Topping - the crumble:
  • 1/4 cup brown sugar
  • 1/4 cup all-purpose flour
  • 2 tablespoons butter
  • 1/2 cup chopped pecans or walnuts

Preparation:

Fill pie shell with apple slices. Combine granulated sugar, cinnamon, nutmeg, and salt; sprinkle over the apples. Combine topping ingredients until crumbly; sprinkle over top of pie. Bake at 400° for 45 to 50 minutes, until apples are tender and topping is browned.

Wednesday, February 1

Seafood Spagetti




Kalau review balik entry masakan aku kt blog ni..bnyk sungguh entry spagetti dan sepupu sepapat dgn family pasta ni..hihihi..ape nk wt..i think..i'm tends to cook pasta meal..ni kes terover inspired dr food network channel... di tambah plk dgn keje sbg pemantau harga bg advantage utk bli brg2 dapur time aku kuar pantau harga..hehehee..ape la slh nye , sambil menyelam minum air..x de istilah x smpt nk bli brg utk msk klu keje cm aku nih..cume rajin x rajin je la kan.. okey..lps layan pic2 kt ats ni..ni resepi nya ye.. ni mmg resepi sendiri... maklum la..org suka berkarya kt dapur cm aku ni.. orang lain berkarya ats kertas, aku berkarya dgn sudip n kuali... ;p so..mcm2 la masakan yg terjadi hasil dr eksperimen sendiri..hehehehee..


Bahan - bahan: (hidangan 2 - 4 org) 
spagetti (agak2 la ye..klu aku cuma hidangan utk 2 org, so pkai 1/2 paket je..tu pn da bnyk..)
air 
3 ulas bwg putih - di parut dgn hand grated, x pun susah2 tumbuk je..;)
3 bj tomato - di kupas dan di ptg kecil
2 sdb cili flakes / serbuk lada
1 sdb serbuk lada hitam
10 ekor udang - buang kulit
5ekor sotong - di potong kecil
10 bj buah zaiton (black olive)
3 sdb keju parmesan
daun parsley
garam secukup rasa

Cara buat:
Rebus spagetti dan air hingga lembut. Masukkan sedikit garam ke dlm air semasa merebus spagetti. Ketepikan. Tumis bwg putih, dan tomato. Masak hingga tomato hancur. Lepas tu masukkan bauh zaiton. Then, masukkan lada hitam, dan cili flakes. Masak seketika. Kemudian masukkan udang dan sotong serta garam.  Masak dan didihkan sekejap. Lps tu, masukkan spagetti dan gaul rata. Bila sebati, angkat. Tabur kan daun parsley dan keju parmesan..