Monday, February 20

Isi Ikan Dory Masak Sweet Sour


Tgk pic ni, ada org igt aku mkn kt kedai.. heeeiii.. mkn kt kedai cuma waktu2 tertentu je ea.. mostly, walau pnt cmner skali pun blk keje, aku ttp msk. Tgk gambo nampak mcm complicated je mskn aku ni. Tp sbnr nye very the simple.. Resepi ni aku amik dr mjlh mingguan wanita.




Bahan-bahan:

Untuk ikan:
700 gm isi ikan dory - (potong kecik).. beli kt carrefour, ada jual yg frozen
5 sdb tepung ubi
5 sdb tepung beras
1 sdk serbuk black paper
1 bj telur - di kocok dgn garfu
1 cwn tepung goreng Kentucky
Minyak untuk menggoreng

Cara buat:
Gaul tpg ubi, tpg beras dan black paper. Tuang atas ikan dan gaul rata.
Celupkan ikan dgn telur dan kemudian golekkan ikan atas tepung goreng Kentucky.
Goreng secara deep fry. Goreng hingga kekuningan. Angkat dan tos kan minyak.

Untuk kuah sweet sour:

Bahan-bahan:
3 sdb lada kering blender (blend siap2 dgn bwg mrh + bwg putih)
3 sdb sos tomato
3 sdb sos cili
garam
1 sdb gula
1/2 bj capsicum merah - ptg kecik
1/2 bj capsicum kuning - ptg kecik
1/2 bj zuccini (timun jepun) - ptg kecik
1 keping nenas - potong kecik
1/2 bj bwg besar - di racik

Cara Buat:
Tumis lada  blender. Masukkan sos tomato dan sos cili.
Masukkan garam dan gula. Tumis hingga naik bau.
Masukkan capsicum, zuccini dan nenas. Gaul rata dan tutup api.
Tuang atas ikan. Hias dgn bwg besar.

No comments:

Post a Comment