Thursday, October 11

Sweedish Meatball Ala Ikea...


Ape kbr korang semua??aku kt cni bz yg teramat.. bz benor ke?? bz la kot.. blog ni tah bpr lama aku x bkk. Blk kje t'kejor2 msk.. pastu klu ada  oder kek smbg wt kek. Jmpe katil trs blackout!eheehee.. ok la, arini bersiaran secara langsung dr opis..ikikiii sempat tls blog kan makcik ni.. ramai benor yg menunggu resepi ni. Sonang je aih.. resepi ni wt time malas2 je.. hihihii ok guys, ni aku bubuh resepi nye ye.. sumber dr diri sndri sbb makcik klu bab meatballs ni mmg suka bereksperimen.. mklum la, makcik n hubby mmg meat fan!

Meatballs: Dari entri sblm ni.. blh tgk sini

1 paket daging cincang
80gm serbuk roti (bread crumb)
1 sdk black paper (tumbuk halus)
Daun basil (serbuk kasar)                                       
1 bj kuning telur
Garam
 # semua bahan ni digaul rata, dan bentuk kan bulat-bulat. Goreng hingga kekuningan dan angkat.


Resepi Brown Sauce: Dari entri aku sblm ni jgk..


Untuk gravy;
2 biji bwg putih - tumbuk lumat
1 sdb butter
1 sdb tepung gandum
1 cwn stok ayam / daging (pakai kiub aje..)
1 sdb black paper


Dengan menggunakan minyak (2 sudu je) bekas menggoreng daging td, masukkan butter. Cairkan butter dan masukkan bwg putih. Kemudian masukkan tepung gandum dan kacau rata hingga bertukar warna kekuningan. Masukkan stok ayam / daging ke dlm kuah td. Masukkan garam dan kacau hingga kuah menjadi pekat. Tutup api.


Bahan lain: 


Fries 

Strawberry / Cranberry Jem

# Susun meatball dalam pinggan, tuang kan brown sauce n strwaberry jem. pastu bubuh kentang goreng n boleh la di makan!


Tuesday, July 31

Lala Masak Sweet Sour


Lala yg lalalalalaaaaa.. sedap woo.. dpt plk yg fresh.. beli br 3 hengget, puas ati mkn smpi bwk ke sahur.. hehehe.. ok, ladies.. ni resepi nya.

Bahan-bahan:

200-300 gm lala
15 tangkai cili kering
3 bj bwg kecik
2 bj bwg putih
1 bj bwg bsr
5 sdb sos cili
1 bj tomato - di kupas kulit nya
3 sdb gula
garam secukup rasa






Cara Buat:
Kisar halus cili kering dan bwg.
Tumis bhn kisar hingga garing. Masukkan tomato, sos cili gula dan garam. Tumis lagi hingga mendidih.
Masukkan lala. Gaul rata dan biarkan hingga lala masak. Kalau kering, masukkan air sikit. Blh di tabur dgn daun bwg n lada merah.

Sunday, July 22

Talam Berlauk





Hari 1st puasa tekak dah tringin nk mkn talam berlauk ni.. nk beli kt bazar, mcm mls sbb mls nk bersesak2 dgn org.. lalu aku pn mengorek2 hidung hidangan ni kt blog org.. hehehee.. ok, resepi ni simple dan senang je..

Sumber: cedok kt mn tah..makcik da lupe daaa...

Bahan2:
Utk kuih talam:
1 cwn tpg gandum
1/2 cwn tpg beras
3 sdb tpg jagung
600ml santan = 3 cwn santan
sedikit garam
sedikit minyak makan - sapu di loyang

Utk topping:
100 gm daging cincang
1 bj bawang - hiris
1 bj lada merah - hiris
1 sdb serbuk kari
1 sdb sos cili
daun sup & daun bawang
bwg goreng
minyak
garam dan gula secukupnya

Cara Buat:
Pns kn pengukus.
Campurkan semua bhn utk membuat kuih talam. Kacau rata dan tapis. Masukkan ke dlm loyang.
Masukkan ke dalam pengukus dan kukus selama 20 minit.

Utk topping:
Tumis bwg dan lada merah. Masukkan lada dan bawang. Tumis sekejap. Masukkan serbuk kari dan sos cili. Masukkan daging cincang dan tumis lg hingga daging empuk. Angkat dan boleh di letakkan di atas kuih talam. Tabur kan daun bwg & daun sup serta bwg grg.

Friday, July 20

Rich Cocoa Pudding

Rich cocoa pudding..ramai plk yg mntk resepi bila aku pos pic ni kt fb.. okay, resepi nye simple n x ssh mn pun.. lg2 bln puasa ni, dessert yg sgt sedap di mkn ms berbuka.. :)

Sumber : my resepi

Bahan-bahan ( 1 loyang sederhana besar )

1/2 cawan serbuk koko
1 cawan gula
1/2 cawan susu tepung
1/2 sudu teh garam
4 1/4 cawan air
4 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh esen vanilla
3 sudu besar butter
1 paket serbuk agar2 (10-11gm)

Cara-cara
Campurkan semua bahan kecuali butter dan kacau selalu hingga mendidih.Masukkan butter, kacau hingga pekat.Angkat dan masukkan kedalam loyang atau acuan yg disukai..

Nota tambahan: Basahkan loyang dgn air sebelum adunan dimasukkan ke dlm loyang. Ini utk memudahkan puding dikeluarkan drp acuan.



Wednesday, June 13

Mee Bandung Batu Pahat





Mee bandung Batu Pahat.. hmmm.. kat Batu Pahat ni bnyk mknn yg x dikomersialkan kt tpt lain.. Ank2 jati Batu Pahat yg ddk luar klu rindu mknn BP, t'pksa blk kampung br dpt mkn.. Tringat sepupu aku yg ddk KL, bermatian2 paksa mak aku bungkus mee bandung BP sblm naik bas pegi KL.. hehehee.. t'pksa gak mak aku singgah Odeon dulu sblm g stesen bas utk beli mee bandung spt mn yg di hajatkan sgt oleh sepupu aku tu..

Mee bandung Batu Pahat ni mmg x sama dgn mee bandung Muar. Mee bandung Batu Pahat ada 'rasa' yg tersendiri..Resepi ni aku just wt rujukan drp my.resepi. Dan ada penambahan yg aku buat. Okay, ini resepi nya ye..

Bahan-bahan blender:
5 bj bwg kecil
3 bj bwg putih
1 bj bwg besar
15 tangkai cili kering
10 kpg biskut merie
10 gm udang kering
1 cwn air

Bahan lain:
1/2 kg mee kuning
150gm kacang tanah hancur
1 ekor sotong kembang (hiris kecik2)
200 gm daging (rebus dan potong kecik)
air rebusan daging
sawi
1 bj telur
1 sdb sos tomato
2 sdb gula
garam secukup rasa
minyak utk menumis

Cara Buat:

Panaskan minyak. Tumis bahan blender hingga mendidih. Masukkan kacang tanah dan gaul. Biarkan sekejap. Masukkan air rebusan daging. Kalau masih pekat, masukkan sedikit air. Didihkan. Masukkan sotong kembang dan daging. Didihkan lagi. Masukkan telur, sawi, sos tomato, garam dan gula. Kemudian masukkan mee, gaul sekejap dan angkat. 

Mee bandung ni sedap di makan masa panas2. Tambah sikit sos tomato ke dlm mee bandung tuu.. Fuuuhh...mmg besssttt!!!!!!!!!!

Selamat mencuba!





Monday, June 11

Banana Chocolate Cake



Sebelum assemble jadi kek...
Kek yg best!!!mcm eskremmm.. ;)

Assalamualaikum.. dr yg aku baca dr sumber yg aku cedok ni.. ramai yg ckp rasa dia sebijik cam yg kt Secret Receipe.. makcik pnye la pk pnjg nk wt kek ni.. x tau nape.. mood kemalasan kot melanda.. hehehee.. Pisang pnyer la excited dah beli 3 4 hari.. dh naik layu aku tengok.. hehehee.. bnyk ngap masuk mulut sndri.. kek nye x jadi2 jgk.. hahahaa.. Finally, blk kampung.. mak aku offer nk kasi pisang kapas yg kt halaman umh. Test mkn.. fuuhhh.. manis yg amat pisang kapas ni.. Blk dr umh mak aku, trs dtg smgt nk wt kek ni. Ekceli, kek ni x la susah mana pun. Ikut cara dia step by step, insyallah menjadi.. Okay, ni resepi nye. Aku amik dari myresepi.com jek.. kalau x silap sumber asal dr citarasawan.

SUMBER : my.resepi & citarasawan



Bahan-bahan ( Loyang 8’ bulat)
Chocolate Chiffon
 Bahan A
  • 30gm serbuk koko (larutkan dgn 120ml air suam)
  • 4 biji kuning telur (telur diasing putih dan kuning)
  • 100gm gula kastor
  • 130gm tepung naik sendiri
  • 1/2 tsp baking powder
  • 1/2 tsp soda bicarbonate
  • 60ml mentega (dicairkan)/minyak jagung
  • 1 tsp esen vanila

Bahan B
  • 4 biji putih telur
  • 60gm gula kastor
  •  1/4 tsp cream of tartar
Kek Filing
  • 400ml whipping cream (manis)
  • 100gm coklat masakan (dicair secara double boil)
  • 1 1/2 tsp serbuk kopi segera/nescafe(larut dgn 1 tbsp air panas)
  • 1 tbsp gelatin halal (rendam dgn 40ml air dan cairkan secara double boil hingga larut)
  • 6 biji pisang berangan (dihiris nipis)

Coklat Ganache/Frosting
  • 140ml UHT whipping cream (tawar)
  • 350gm coklat masakan
  • 1 tbsp mentega (optional)
Cara-cara
  1. Panaskan oven pada suhu 180C.
  2. Satukan bahan A dan pukul hingga kembang menggunakan high speed.
  3. Di dalam mangkuk lain pukul bahan B (putih telur) hingga kental guna high speed.
  4. Satukan bahan A ke dalam bahan B secara kaup balik. Tuang ke dalam loyang 8" dan bakar selama 40 minit atau hingga masak.
  5. Angkat dari loyang dan telengkupkan kek di atas redai biarkan betul-betul sejuk baru di potong kepada 3 atau 4 lapisan.
  6. Kek Filing : Pukul whipping cream hingga kembang dan bertanduk guna high speed. Masukkan esen vanila, coklat cair, larutan kopi dan gelatin, pukul hingga sebati.
  7. Sapu krim filing di permukaan kek, atur hirisan pisang dan sapu krim lagi menutupi hirisan pisang tadi. Buat yang sama untuk semua lapisan.
  8. Apabila habis, sapu nipis krim keseluruh kek, masukkan di dalam peti sejuk (30 minit).
  9. Coklat Ganache : Panaskan whiping cream secara double boiler, masukkan coklat masakan dan mentega, kacau hingga cair. Biarkan sejuk pada suhu bilik.
  10. Keluarkan kek dan letak di atas redai dan tuangkan coklat ganache.
  11. Hias mengikut citarasa, simpan di dalam peti sejuk biar coklat mengeras baru dipotong
  12. Tips : Basahkan loyang sebelum di masukkan adunan kek supaya sng dikeluarkan 

Monday, June 4

Mee Racun Batu Pahat

Assalamualaikum..
Lama nyer x update blog aku ni.. Cian dia, dah naik bersawang dah kan.. Huhuhuu.. bz teramat sgt skrg ni. Mana keje2 kt opis lg, order kek lg.. Aduhh.. slalu je incek hubby mkn nasi bungkus skrg ni.. :( Nasib baik dia memahami...
Okey, ni citer psl resepi spt mn tajuk di atas.. Mee racun.. Al kisah nye, mee racun ni sangat la fufularrr di Batu Pahat. Sng citer kt hometown aku nih la.. Tgk nama cam ngeri jek nk mkn.. but dun worry, setitik Paraquat pn xde dlm ingredient mee ni.. hehehee.. Kalo ade, lama dah arwah org yg mkn tu.. hehehee..

Okey, actually resepi ni resepi yg aku buat sndri based on lidah yg selalu merasa mee racun ni. Memuler tu geledah2 jgk blog org cari resepi ni. Tp aku rasa agak mengecewakan. Bnyk originality mee racun dah ilang / x de lgsung!! mintak maaf ye, bkn mrh pd sesiapa yg dh mencuba resepi ni. Cuma rs x puas hati sbb resepi yg aku tgk xde rupa mee racun langsung! siap bubuh togey la, udang sotong la..MEREPEK! hehehe.. mcm rupe mee bandung plk aku tgk.. ok, dr aku bebel mcm murai tercabut ekor, baik aku tulis resepi mee racun ni.. Harap2 ada yg sudi mencuba nnti k..

Bahan-bahan:

1/2 kg mee kuning - basuh dan toskan
1/2 kg tulang kambing (gearbox) - rebus hingga empuk

Bahan blender:
20 tangkai cili kering
5 bj bwg merah
3 bj bwg putih
minyak utk menumis

Bahan Lain:
5 sdb sos tomato
5 sdb sos cili
1 sdb serbuk lada sulah
1 sdb serbuk lada hitam
1 sdb gula
1 bj telur dadar - hiris kasar
1 bj kentang - di hiris dan goreng
50gm sawi
50gm kubis panjang - hiris halus
garam secukup rasa

Cara buat:
Tumis bahan blender hingga naik bau. Masukkan sos cili, sos tomato, lada sulah dan lada hitam. Masukkan air rebusan tulang tadi. Didihkan sekejap. Masukkan telur dadar, kentang dan sayur. Masukkan garam dan gula. Akhir sekali, masukkan mee dan gaul rata. Matikan api dan hidang. Boleh hias dgn taburan daun bawang.

p/s: incek hubby ckp rupa..rasa dah 99.99% percent mcm mee racun yg jual kt kedai!!;p




Tuesday, May 8

Cotton Soft Japanese Cheese Cake








Cotton Soft Japanese Cheesecake:

Jenis : Plain / Ada topping / Marble / Choc Ganache

Topping : Cream Cheese / Fruits / Blueberry / Strawberry

Harga : Bermula dr RM30 (plain) hingga RM38(ikut topping)

Boleh hubungi saya di no 0127867058

Red Velvet Cake






Red Velvet Cake:

Cake Frosting : Cream Cheese / Buttercream

Harga : Bermula Dari RM50

Utk Tempahan Boleh Hubungi Saya 0127867058


Moist Chocolate Cake







Moist Chocolate Cake:

Frosting : Chocolate Ganache / Buttercream

Harga : Dari RM38 - RM45

Utk Tempahan Boleh Hubungi Saya 0127867058..

Thursday, April 19

Grilled Dory Fish With Lemon Butter Sauce


Assalamualaikum.. Lama bener x menjenguk blog ni. Huhuhu.. Semenjak dua menjak makcik bukak tempahan oder kek, bertalu2 dpt respond kwn2 yg nk order kek. Alhamdulillah, blh jgk jd side income kan.. Okey, ni resepi yg entah dah bpr kurun aku simpan dlm watch list utk di publish kan dlm blog aku ni. Hehehe.. Cam grand bebenor bunyik nye.. Xde ape sgt kot, cuma pd aku this is a very simple receipe yg ptt di coba.. Resepi ni ala2 fish & chips. Cuma sos nye aku tukar. Sos ni mmg best.. masam2 mmg kena dgn ikan tu.. Okey kt bwh ni resepi nya..

Bahan-bahan:

Utk ikan:
700gm ikan dory
1 bj telur - dikocok
3 sdb tepung jagung
1 sdb tepung gandum
1 sdb tepung beras
1/2 cwn bread crumb
1 sdk serbuk blck paper
1 sdk garam
1 sdb minyak masak

Gaul rata semua tepung dan ketepikan. Celupkan ikan ke dlm telur dan salut kan dgn tepung. Celupkan sekali lagi ikan dgn telur dan salutkan dgn bread crumb. Taburkan garam dan black paper. Perap kan sekejap dan goreng dgn minyak. Goreng dgn menggunkan kuali non stick spya ikan tidak melekat. Goreng hingga kuning, angkat dan ketepikan.

Lemon Butter Sauce: Olah sikit2 dgn resepi sendiri..hehehee..

Sumber: Food Network

1 bj lemon - di perah & di ambil jus nya
1/2 cwn heavy cream (Pauls Thickened Cream)
1 bj bwg kecil - di hiris halus
1 sdb butter
1/8 serbuk lada putih
1 sdk garam
1 sdk mixed herb

Satukan lemon, bwg dlm periuk dan didihkan. Masukkan heavy cream, dan butter. Kacau rata. Masukkan mixed herb ,garam dan lada putih. Didihkan kejap n tuang ats ikan.

Thursday, March 29

Siakap Tiga Rasa


Siakap 3 rasa.. nyummm...nyummmm.. aku ni mmg jns pemilih bab mkn. hehehe.. ikan pun x semua ikan aku suka. But siakap mmg peberet! Kalau g mkn seafood kt Sabak Awor, siakap 3 rasa mesti kitaorg order. Last week ms pantau pasar Yong Peng, tertengok plk siakap yg x bpr bsr. Uncle tu kasi discount rm8 je sekor. Trs beli la... hihihi.. Okay, ni resepi ikan siakap 3 rasa. Aku amik dr bbrp sumber. Tp x igt dah amik kt mana. Resepi ni aku combine kan drp sumber2 yg aku rs bhn2 nya mampu memuaskan tekak cerewet aku ni. Hehehe...

Bahan-bahan:

Ikan siakap
kunyit
garam
2 sdb tepung jagung
1 sdb tepung beras
1 sdb tepung pulut
minyak

Bahan Kisar:
5 tangkai cili kering
3 bj bwg kecik
3 bj bwg putih

Bahan Lain:

Bahan A:
2 sdb sos cili Thai
1 sdb sos cili
1 sdb sos tomato
1 sdb sos plum
1 sdb sos ikan / kicap
1 sdb sos tiram

Bahan B:
3 tangkai cili api - hiris halus
daun ketumbar
1 keping nenas - potong kecik
garam dan gula

Cara buat:
Lumurkan ikan dengan tepung jagung, tepung beras, tepung pulut, kunyit dan garam. Perap 10 minit, kemudian goreng garing. Angkat dan ketepikan.

Tumis bahan kisar hingga naik bau. Masukkan  bahan A dan kacau rata. Didihkan kejap. Masukkan cili api dan nenas. Tumis kejap, lps tu masukkan garam dan gula secukup rasa. Hias dengan daun ketumbar.

Thursday, March 22

Steamed Boxing Curry Chicken


Dah dekat seminggu beli drumsticsk ni.. blank nk msk ape.. asik nk goreng je, boring lak kan. Tringat satu ketika dulu pnh tertengok satu entri kt blog cik Diana resepi chicken drumstick ni. So, jenguk2 blk kt ctu.. di jumpakan semula dgn resepi ni. okay, x yah citer bnyk.. kt bwh ni resepi nye ye.. resepi yg simple dan sedap! Mcm menu mknn sihat pn ada. Sbb ayam nya di kukus n kari nya tanpa santan.. Pd yg tgh diet, nk cuba kelainan.. boleh cuba resepi ni.


Sumber : Diana

Bahan² A
8 keping kepak ayam / 4 keping drumstick 
15 gm halia _ dihiris halus
3 biji cili padi _ diketuk sedikit
2 tangkai daun kari
80 gm bawang merah _ dihiris
300 ml air


Bahan² B ( Dicampurkan )
3 tbsp serbuk kari 
1 tsp serbuk kunyit
100 ml air


Bahan² C 
1 tsp garam
1 tsp gula kastor
50 gm gula melaka


Bahan² Perap
1/2 tsp garam
1/2 tsp serbuk kari 
1/2 tsp serbuk kunyit
1 tsp tepung jagung
2 tbsp air
1 tbsp minyak bawang goreng


Cara²

  1. Kerat bahagian hujung dan tarik isinya ke bawah ( buat boxing chicken stalks ).
  2. Perap ayam bersama bahan² perap selama 20 minit.
  3. Panaskan 5 tbsp minyak dan goreng bawang merah menjadi bawang goreng.. Angkat dan ketepikan.
  4. Tinggalkan 3 tbsp minyak dan masukkan halia, bahan² B dan daun kari.. Tumis sehingga wangi.
  5. Kemudian tambahkan air dan biarkan ianya mendidih.
  6. Masukkan cili padi dan bahan² C... Renih selama 5 minit di atas api kecil.
  7. Susun ayam di atas pinggan dan tuang curry gravy di atasnya.
  8. Kukus ayam selama 25 minit atau hingga ayam masak.
  9. Angkat dan taburkan bawang goreng semasa menghidang



Wednesday, March 7

Sembilang Asam Pedas

Ikan sembilang.. dah lama incek hubby ckp tringin nk mkn sembilang asam pedas. Kebetulan, semalam cek harga kt Econsave, blh terjumpa plk ikan sembilang ni. Trs amik n byr. Sampai umah, siap amik pic ikan sembilang ni n antr whatsapp kt hubby. Pnye la gembira pakcik tu. Hehehehe..

Sejak ada hobi baru (tgk citer Korea), blk keje trs bkk tv lyn dulu citer Korea. Hihihi.. Incek hubby sampai umh pkl 6 mencebik tgk aku ddk terpaku dpn tv. Slalu dia blk keje aku dah siap msk. Tp skrg ni dkt mgrib br blh mkn. T'paksa la thn lapo jap ye bie.. hihihi..

Okay, kt bwh ni resepi sembilang asam pedas.. (utk 2 org)



Bahan-bahan:
1 ekor ikan sembilang - saiz sederhana (potong 4 ketul)
1 bj bwg bsr
3 bj bwg kecik
3 bj bwg putih
segenggam cili kering
3 sdb asam jawa
1 cwn air 
1 kuntum bunga kantan
segenggam daun kesum
1 sdk serbuk black paper
garam

Cara buat:
Blender semua bwg dgn cili kering.
Tumis bhn blender hingga naik bau. Tumis dalam 10 minit.
Lps tu masukkan air asam, daun kesum dan bunga kantan.
Didihkan lagi. 
Kemudian masukkan serbuk black paper dan ikan.
Masukkan garam secukup rasa. Didihkan kejap dan ttp api.



Monday, March 5

Kek Keramel Pelangi

Santek kan kek keramel ni???? ;p (angkat bakul sendrik!!)

Bertemu lg di petang isnin yg indah. Ptg yg sejuk dan nyaman. Nak citer, pg td hujan yg sgt la lebat (arrgghhh.. klu la x keje arini, dah tarik slimut dah..) Oleh krn takut jem, makcik ni kelam kabut kuar dr umh seawal yg mungkin. Tp hasil nyaa... NAH!! AKU TERTINGGAL KUNCI UMAH kt dlm umh!! Merayu kt hubby mintak antr kunci umh sbb lap top n charger handphone tertinggal kt umh.  Incek hubby dek krn syg kt bini, sanggup jgk drive 25km dari Parit Sulung balik umh antr kunci. Hehehehee.. Tq bie! Oleh sbb nk bls budi baik incek hubby yg sangguo bekorban apa saja utk bini nya yg mengada2 ni.. maka  ptg ni blk keje janji nk wt kan meatball spagetti best in da werld utk dia.. hihihi..

Okay, citer psl ujan dah sudah. Ni blk smla citer psl kek keramel ni. Ekceli kek ni aku buat ms cuti hari Sabtu lps. Incek hubby ajak ride nek mtr g Genting sempena Genting Bike Festival. Tp mengenangkan baju yg berlambak2 ats katil mcm gunung berapi nk meletup tu..(x sempat lipat dr blk dr Phuketlg..) aku dgn ikhlas menolak. Maka incek hubby wt la solo ride ke sana. Then, lps siap kms umh, ptg2 dah blank nk buat ape. Terpandang resepi ni kt ats meja yg dah 2 3 minggu aku print. Rs yakin x yakin jgk nk buat. Tp sbb ada free time n dr dok melangok dpn tv asyik lyn citer Korea, hihihi.. baik aku merajin2 kan diri kt dapur. So, terhasil lah kek keramel yg best ini! tq so much to kak Azlita  yg sudi berkongsi resepi yg teramat laaa sedap!! Siap tunjuk step by step lg. Alhamdulillah, rs cm nk nangis tgk kek yg sgt cantik kuar dr oven ku!!


KEK KERAMEL

Gula Hangus

2 sudu besar gula pasir

Sediakan loyang 8 inc.
Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan.
Biar gula hancur dan warna tukar jadi perang.
Ratakan gula dgn menyenget2 kan loyang kiri dan kanan
Biar gula sejuk. Gula yg sejuk ni akan keras dan akan retak2 dan berbunyi spt kaca pecah bila dah keras.
Ketepikan

Bahan Karemel
1/2 tin susu cair
70g gula castor
1/2 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur

Kacau susu dan gula hingga gula larut.
Kacau telur dan esen perlahan.
Satukan kedua2 bahan dan kacau rata perlahan aje.
Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi.
Ketepikan.
Kalau nak dapatkan lapisan karemel yg tebal gandakan sukatan susu dan kuning telur.
(Adunan ni tak perlu di bakar dulu ye! kita akan bakar adunan ni bersama adunan kek nanti )

Adunan Kek Bahan 1
70g gula kastor
3 biji telur kuning
135ml air
45ml minyak masak

Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih.
Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.
Adunan Kek Bahan 2
140 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder

Matikan  mixer dan masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak
Masukan  sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna.
Ketepikan.
Merinque 
6 biji putih telur - pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning
70g gula castor
1 sudu teh krim of tar2

Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering
Pukul putih telur hingga berbuih
Masukkan gula dan tatar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. kalau kita terbalikkan loyang adunan putih telur tu tidak jatuh
Masukkan 1/3 bahan meringue ke dalam adunan tepung tadi.
Gaul rata secara kaup balik
Kemudian masukkan semua baki adunan meringue dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.
Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yg sama banyak.
Letakkan pewarna yang anda sukai.
Kemudian tuangkan adunan kek ni ke atas lapisan karemel tadi.
Belang- belangkan adunan
Tuang 3 sudu lapisan pupple, kemudian 3 sudu lapisan pink di tengah-tengah lapisan purple. Kemudian tuangkan pula  3 sudu lapisan biru di tengah-tengah lapisan pink.
Buat begini sehingga 3/4 adunan, kemudian buat pula cara yg sama dgn 2 sudu pula.
Akhir sekali dengan satu sudu.
Lorekkan atas adunan dengan lidi.
Panaskan oven terlebih dahulu. Panaskan pada suhu 170 C terlebih dahulu. Bila dah masukkan kek dalam oven ita tukar pada suhu 160C.
Gunakan api bawah sahaja.

Kaedah Steam Bath
Tuangkan air panas dalam loyang yg lebih besar dari loyang kek tadi.
Letakkan loyang yg berisi kek dalam loyang yg berisi air panas tadi
Letakkan pada rak bawah dalam oven.
Bakar kek pada suhu 160 C dengan api bawah selama 1 jam atau sehingga kek benar-benar masak.
Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama.
Selepas masak biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi loyang.
Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri.
Potong kek bila ia benar-benar telah sejuk.
Simpan kek dalam peti ais untuk tahan lebih lama.
Kek ni juga sedap di makan dikala sejuk.
Kejadian kek yg sempurna!!!yipppieeee!!!! (lompat sorang2 kt dapo..)


 Note : should try this cake!! hehehheee..

Wednesday, February 29

Sotong Kam Heong



Sotong kam heong.. another chinese cuisine yg sedap! Kam Heong ni bermaksud 'golden fragrance'. Klu trnslate melayu, bunyi nya bermaksud bau keemasan?? hehehheee.. but trust me, masakan ni mmg WAJIB utk di cuba! Masakan ni combination bhn2 utama yg digunakan oleh kaum kt mesia ni. Cili api simillar dgn masy Melayu, udg kering similar dgn masy Cina n kari similar dgn masy India. So, ni mmg masakan 1 Malaysia la kot. Hehehe.. . Mmg ptt dia di pggl kam heong sbb bau nye mmg sedap!!Okay, mari2 semua tgk resepi kt bwh ni ye...

Bahan-bahan:
10 ekor sotong - potong bulat
3 ulas bwg kecik - dihiris halus
3 ulas bwg putih - dihiris halus
5 bj cili api - di hiris
1 sdb udang kering - ditumbuk
1 sdb kicap pekat
1 sdb rempah kari ikan
2 sdb air - bancuh kt kari ikan
10 helai daun kari
garam
1sdb gula
3 sdb minyak

Cara buat:
Panaskan minyak. Tumis bwg kecik + bwg putih hingga kekuningan.
Masukkan cili api dan udang kering dan tumis lg hingga garing.
Masukkan rempah kari ikan dan daun kari. Tumis lg hingga naik bau.
Masukkan sotong dan gaul rata. Masak hingga rempah sebati.
Masukkan garam dan gula. Tumis kejap dan angkat.

Tuesday, February 28

Sweet Grape Pie



Assalamualaikum.. br berkesempatan msk kn entri ni. Ekceli pai ni buat last week. Then trs holiday g Phuket. So arini ada kelapangan br la dpt masukkan resepi ni. Hmmm.. 1st time tgk resepi ni hati trs membuak2 nk mencuba. Cuba membayangkan rasa pai ni tp x terbayang dek akal fikiran. X boleh jd, padahal esok pg dah nk ke airport, gagahkan hati jgk bkk pantry. Anggur yg dah dibeli awal2 minggu ttp ku thn x di ratah. Hehehehee.. Sbb mission utama nk buat pai anggur ni. Resepi yg perlu di cuba dan sgt refreshing!(masukkan dlm peti ais kejap...)



Sumber: Majalah Mingguan Wanita

Bahan-Bahan Kulit Pai:
2 cwn tepung gandum
6 sdb butter - sejuk
1/2 cwn air sejuk - dr peti ais
1 sdb gula castor
1/2 sdk garam

Cara buat:
Gaul kan semua bahan. Tapi air masukkan sedikit2 hingga adunan jadi doh. Bila dah jadi doh, masukkan dlm peti ais sekurang2 nya sejam. Balut dgn plastic food wrapping.  Bila adunan dah sejuk, tekan dan ratakan dlm bekas pai. Bakar pd suhu 180deg selama 10 minit.

Inti Pai:
150gm anggur - campur anggur merah + ijau
100 ml susu segar
100 ml whipping cream
150 gm gula castor
3 bj telur - di kocok dgn garfu
1 sdb esen vanila

Cara buat:
Campurkan susu segar, whipping cream, gula telur dan esen vanila. Susun anggur ats pai dan tuangkan bhn2 cecair td. Bakar semula pai pd suhu 180deg selama 30-40 minit.

Wednesday, February 22

Udang Goreng Vietnam


Smlm msk udang ni n mkn bersama dgn nasi jagung. Ekceli udang ni udang laut, kulit keras. Tu yg kopek separuh tinggal kan kulit kt ekor dia je. Maklum la, yg g pasar incek suami. Aku srh beli udang pici yg beso2 sikit, entah udang ape yg dia beli. Janji beso. Huhuhuhuu.. Dlm kpla, boring lak kalau udang mesti masak sambal. So smlm msk style lain la pulak. Selak pnye selak majalah, boleh jumpe plk dgn resepi ni. Senang n simple!

Bahan-bahan: Sumber - Mingguan Wanita

1/2 kg udang - sukati la nk buang kulit ke x..
1 sdb serbuk kunyit
garam
3 sdb sos cili
3 sdb serbuk lada
3 sdb sos tiram
2 sdb sos plum
3 sdb kicap pekat
1 sdb gula
1 sdb perahan jus oren - aku guna lemon
1 sdk kulit oren / lemon (di sagat)
1/2 inci belacan
1/2 cwn stok ayam
Minyak

Cara Buat:
Lumur udang dgn serbuk kunyit dan sedikit garam. Goreng hingga kekuningan. Ketepikan.
Tinggalkan dalam 1/2 cwn minyak bekas menggoreng udang td. Tumis kan segala sos dan kicap.
Gaul rata dan masukkan belacan, air lemon, kulit lemon dan stok ayam.
Masukkan gula dan didihkan kejap.
Masukkan udang dan gaul rata. Boleh la di hidang.

Monday, February 20

Isi Ikan Dory Masak Sweet Sour


Tgk pic ni, ada org igt aku mkn kt kedai.. heeeiii.. mkn kt kedai cuma waktu2 tertentu je ea.. mostly, walau pnt cmner skali pun blk keje, aku ttp msk. Tgk gambo nampak mcm complicated je mskn aku ni. Tp sbnr nye very the simple.. Resepi ni aku amik dr mjlh mingguan wanita.




Bahan-bahan:

Untuk ikan:
700 gm isi ikan dory - (potong kecik).. beli kt carrefour, ada jual yg frozen
5 sdb tepung ubi
5 sdb tepung beras
1 sdk serbuk black paper
1 bj telur - di kocok dgn garfu
1 cwn tepung goreng Kentucky
Minyak untuk menggoreng

Cara buat:
Gaul tpg ubi, tpg beras dan black paper. Tuang atas ikan dan gaul rata.
Celupkan ikan dgn telur dan kemudian golekkan ikan atas tepung goreng Kentucky.
Goreng secara deep fry. Goreng hingga kekuningan. Angkat dan tos kan minyak.

Untuk kuah sweet sour:

Bahan-bahan:
3 sdb lada kering blender (blend siap2 dgn bwg mrh + bwg putih)
3 sdb sos tomato
3 sdb sos cili
garam
1 sdb gula
1/2 bj capsicum merah - ptg kecik
1/2 bj capsicum kuning - ptg kecik
1/2 bj zuccini (timun jepun) - ptg kecik
1 keping nenas - potong kecik
1/2 bj bwg besar - di racik

Cara Buat:
Tumis lada  blender. Masukkan sos tomato dan sos cili.
Masukkan garam dan gula. Tumis hingga naik bau.
Masukkan capsicum, zuccini dan nenas. Gaul rata dan tutup api.
Tuang atas ikan. Hias dgn bwg besar.

Ketam Masak Telur Masin


Ni lauk yg aku msk semalam.. ltk kt pesbuk ramai yg mntk resepi..x krg jgk yg meleleh air liur!!hehehehee.. resepi ni aku amik dr bbrp sumber kt internet pastu olah ikut selera tekak aku..:) orait guys, ni resepi nya..

Bahan-bahan:
1/2 kilo ketam bunga (di belah 2)
3 sdb tpg jagung
3 bj bwg putih - di tumbuk halus
10 helai daun kari
5 bj cili padi - potong kecik
3 sdb susu cair
4 bj telur masin - rebus dan ambil kuning telur je. (aku campur putih telur sket..syg nk buang smua..)
garam
minyak

Cara buat:
Gaul ketam dgn tepung jagung. Panaskan minyak dan goreng ketam hingga kekuningan. Angkat dan ltk tepi.
Minyak bks menggoreng ketam, tinggal kan dalam 3 - 4sdb. Tumis bwg putih hingga garing.
Masukkan cili api dan daun kari. Tumis hingga naik bau.
Masukkan susu cair dan telur masin. Masukkan garam sket. Gaul rata lps tu masukkan ketam.
Masak kejap je sekadar bhn2 digaul rata dgn ketam.
Angkat dan hidangkan. Ms hidang tu, aku curah sket lg susu cair ats ketam tu. X yah bnyk, cuma nk kasi naik lg dia pnye rs lemak tu.. enjoyyy!!!



Seriously, aku rs mskn ni menyerlahkan lg rs ketam. Daun kari tu memang menaikkan flavour ketam tu.. huhuhuu.. incek hubby tmbh smpi 3 pinggan smlm!! lps tu bising, x lrt nk gerak sbb perut knyg sgt!!hahahahaa..

Peach Cake..



Assalamualaikum.. kek ni di buat ms weken lps. Bosan thp gaban, maka makcik pun selongkar2 pantry. heheheee.. tgk dlm fridge ada plk belen buah pic. Trs tringat risalah2 resepi yg mak aku kumpul (pastu aku rembat bwk blk umh. Ada resepi kek buah pic.. mcm menarik dan tertarik, langsung ku capai bhn2 dlm pantry dan trs memulakan operasi. Hehehehee.. Okey, ni resepi nya ye..


Resepi Sponge Cake: (Dlm mjlh dia srh pki sponge cake mix, tp aku dgn rajin nya wt sndri..)

Sumber: Creative Cake Decorating

Ingredients and cake tin sizes:
Round tin sizes 6 inches 8 inches 10 inches 12 inches
Square tin sizes 5 inches 7 inches 9 inches 11 inches
Self raising flour 65g 130g 260g 520g
Baking powder 1/8 tsp 1/4 tsp 1/2 tsp 1 tsp
Eggs (separated) 2 4 8 16
Cream of tartar 1/8 tsp 1/4 tsp 1/2 tsp 1 tsp
Salt a pinch a pinch a pinch a pinch
Castor sugar 90g 180g 360g 720g
Butter (melted) 30g 60g 120g 240g
Water 30 ml 60 ml 120 ml 240 ml
Vanilla essence 1/2 tsp 1 tsp 2 tsp 4 tsp



Method: Preheat oven to 170 degrees Celsius.

Sift flour and baking powder 3 times. Leave aside.

Whisk egg whites with cream of tartar and salt until stiff peaks are formed. Add sugar and continue whisking until stiff peaks form again.

In a separate bowl, beat egg yolks with melted butter, water and vanilla essence. Fold into the egg whites and combine well.

Finally fold in the sifted dry ingredients and pour batter immediately into a cake tin lined with greaseproof paper. Bake the cake for approximately 30 – 40 minutes. The cake is done when the top springs back when lightly pressed.

Remove cake from oven and let it cool completely before decorating it.





Okay, ni resepi utk filling nya pulak..

Sumber : Majalah Wanita

Bahan-bahan:
1 tin buah pic
3 bj kuning telur
100 ml susu segar
100 gm gula
1 sdk esen vanila
30 gm gelatin
60 ml air panas
500 ml whipping cream - topping pride
100 ml heavy ceam

Cara-cara:
Cair kn gelatin dgn air panas dan ketepikan.
Dgn menggunakan sauce pan, masak susu dan masukkan kuning telur. Kacau rata.
Masukkan gelatin, gula dan esen vanila. Masak hingga pekat. Angkat dan sejukkan.
Dalam mangkuk besar, pukul whipping cream dan heavy cream hingga kental. Campurkan bhn2 yg dah di sejukkan tadi. Gaul rata.
Masukkan sebentar dlm fridge dlm 1 jam utk mengeraskan adunan.

Cara assemble kek:

Belah kek menjadi 2 bahagian.
Susun buah pic ats kek dan tuang kan whipping cream ats buah pic. Tindihkan dgn kek satu lagi.
Sapukan whipping cream di ats kek dan keliling kek. Hias lg dgn buah pic. Nak lg sedap, masukkan kejap lg fridge dlm sejam.. Pastu, ape lg.. NGAPP laaaa!!hehehehehee..