More Pics @ MySpaceAntics.com
More Pics @ MySpaceAntics.com


Thursday, March 22

Steamed Boxing Curry Chicken


Dah dekat seminggu beli drumsticsk ni.. blank nk msk ape.. asik nk goreng je, boring lak kan. Tringat satu ketika dulu pnh tertengok satu entri kt blog cik Diana resepi chicken drumstick ni. So, jenguk2 blk kt ctu.. di jumpakan semula dgn resepi ni. okay, x yah citer bnyk.. kt bwh ni resepi nye ye.. resepi yg simple dan sedap! Mcm menu mknn sihat pn ada. Sbb ayam nya di kukus n kari nya tanpa santan.. Pd yg tgh diet, nk cuba kelainan.. boleh cuba resepi ni.


Sumber : Diana

Bahan² A
8 keping kepak ayam / 4 keping drumstick 
15 gm halia _ dihiris halus
3 biji cili padi _ diketuk sedikit
2 tangkai daun kari
80 gm bawang merah _ dihiris
300 ml air


Bahan² B ( Dicampurkan )
3 tbsp serbuk kari 
1 tsp serbuk kunyit
100 ml air


Bahan² C 
1 tsp garam
1 tsp gula kastor
50 gm gula melaka


Bahan² Perap
1/2 tsp garam
1/2 tsp serbuk kari 
1/2 tsp serbuk kunyit
1 tsp tepung jagung
2 tbsp air
1 tbsp minyak bawang goreng


Cara²

  1. Kerat bahagian hujung dan tarik isinya ke bawah ( buat boxing chicken stalks ).
  2. Perap ayam bersama bahan² perap selama 20 minit.
  3. Panaskan 5 tbsp minyak dan goreng bawang merah menjadi bawang goreng.. Angkat dan ketepikan.
  4. Tinggalkan 3 tbsp minyak dan masukkan halia, bahan² B dan daun kari.. Tumis sehingga wangi.
  5. Kemudian tambahkan air dan biarkan ianya mendidih.
  6. Masukkan cili padi dan bahan² C... Renih selama 5 minit di atas api kecil.
  7. Susun ayam di atas pinggan dan tuang curry gravy di atasnya.
  8. Kukus ayam selama 25 minit atau hingga ayam masak.
  9. Angkat dan taburkan bawang goreng semasa menghidang



No comments:

Post a Comment