More Pics @ MySpaceAntics.com
More Pics @ MySpaceAntics.com


Tuesday, November 29

Pasta Salad

 Bahan-Bahan:
150gm pasta
5 - 6 bj cendawan butang - di hiris
10 bj baby tomato
parmesan cheese
black paper
rosemary
garam secukup rasa
ari utk merebus pasta


Cara buat:
Rebus pasta dgn air. Masukkan sedikit garam. Masak hingga pasta lembut. Angkat dan toskan. Ketepikan.
Tumis cendawan butang hingga kekuningan. Selepas itu masukkan baby tomato dan tumis hingga garing. Angkat dan ketepikan. Dalam mangkuk besar, masukkan pasta dan gaulkan dengan bahan tumis tadi. Gaul rata. Masukkan garam dan black paper. Tabur kan parmesan cheese dan daun rosemary sbg hiasan.

Wednesday, November 16

Mango Panna Cotta

Puding yg sgt enak di mkn wktu musim pns..sgt refreshing..mlm td aku wt utk anniversary dinner..mintak permission copy receipe dr sini . Puding yg harus di cuba!!



Ingredient:

7 grm gelatin (1 packet) + 3 tbsp of water
2 ½ cups full cream milk
1/4 cup sugar
1 tsp vanilla
1 ripe mango – cut into small cubes or puree

1. Mix the gelatin and water together and set it aside to bloom.
2. Put the milk and sugar in a saucepan, cook over low medium heat until bubbles form around the edges of the saucepan.
3. Remove from heat and add in the vanilla and stir in the gelatin. Stir until the gelatin dissolved.
4. Pour the mixture into six ramekins or cups. At this stage you can add in some cut mango and refrigerate until set or you can serve it with some mango puree. 

Friday, November 11

Lamb Chop

smlm dh over excited ternampak lamb shoulder kt k4..dh bli siap2..smpi umah air xde la plk..so postphone dulu niat nk wt lamb chop ni..arini..hari jumaat..rehat pun lama..incek hubby pun blk umh gk..so..hasrat yg tertangguh di trs kn arini..okey..ni resepi lamb chop ye..senang je..dun worry..gerenti menjadi n dijamin sedappp!!


Bahan-bahan: (Hidangan utk 2 org)

Untuk lamb chop;
2 keping daging kambing (lamb shoulder)
2 biji bwg putih (ditumbuk halus)
3 sdb sos tiram
3 sdb black paper
garam secukup rasa
* semua bahan-bahan ni diperap dgn daging kambing selama 1/2 jam

Untuk gravy;
2 biji bwg putih
1 sdb butter
1 sdb tepung gandum
1 cwn stok ayam / daging (pakai kiub aje..)
1 sdb black paper

Untuk coleslow;
100gm kubis - disagat
1 btg carrot - disagat
2 - 3 sdb mayonis
1 sdb susu segar
secubit garam
* satu kan bahan2 ini dan sejukkan dalam fridge

Untuk mashed potatoes;
2 biji kentang - direbus + bubuh sedikit garam
1 sdb black paper
2 sdb susu segar
1 sdb butter
*bila kentang dah empuk, buang air rebusannya. Lecek kentang bersama bhn2 ni dan gaul rata.


Cara Buat:
  1. Goreng daging kambing dgn sedikit minyak dgn menggunakan kuali non stick. Goreng dlm 10 - 15 minit hingga permukaan daging garing. Jgn goreng terlalu lama. Nanti overcook, daging jd kering n keras. Bila daging sudah masak, angkat dan ketepikan.
  2. Dengan menggunakan minyak bekas menggoreng daging td, masukkan butter. Cairkan butter dan masukkan bwg putih. Kemudian masukkan tepung gandum dan kacau rata hingga bertukar warna kekuningan. Masukkan stok ayam / daging ke dlm kuah td. Masukkan garam dan kacau hingga kuah menjadi pekat. Tutup api.
  3. Letakkan daging di dlm pinggan dan siram dgn gravy td. Hiaskan dgn mashed potatoes dan coleslow.
  

SANGAAATTT SEDAAAAPPP OKAYYY!!!

Thursday, November 10

Ikan siakap kukus ala thai

sedap nye ikan siakap kukus ni..klu msk ni...msti kuah dia wt bebanyak..best nk hirup..hehehee..


Bahan-bahan:

1 ekor ikan siakap
8 bj bwg putih (4 bj utk kukus, 4 bj lg racik halus utk kuah)
4 batang serai ( 2 btg utk kukus dgn ikan, 2 btg lg utk kuah)
2 gelas air rebusan stok ayam
air limau kasturi (8 biji limau kasturi)
5 biji cili api (hiris halus)
garam dan gula secukup rasa

Cara Buat:

  1. Kukus ikan siakap dgn bwg putih , serai dan secubit garam. Bila ikan dah masak, angkat dan ketepikan.
  2. Dalam kuali, masukkan stok ayam. Didihkan bersama bwg putih, serai, air limau kasturi dan cili api.
  3. Kemudian boleh lah masukkan garam dan gula secukup rasa. Curahkan kuah atas ikan tadi..

Tuesday, November 8

Red Velvet Cupcakes



Jumaat lepas..balik keje keboringan la pulak..brangan nk buat kek..pastu korek pnye korek entry org kt kongsiresepi tertengok plak entry buat red velvet cupcakes..lama dah nk wt red velvet cupcakes ni..blm ada keberanian jek..last2 pk pnye pk..pastu jenguk pantry..brg2 semua ada..trs jek ON..x pk pnjg lg dah..tp sumber yg aku tengok tu dr sape..x igt lak..haishhh..mintak sorry ek..puas dah aku cari resepi tu blk..tp x jmpe lak..huhu..aku pilih resepi dia sbb sukatan utk wt cupcakes tu guna separuh je..so..x de la berlambak cupcakes aku nnti..bkn kedekut nk kasi org..tp takut x jd cm wt macaroon aritu..huhuhuu..

* Sukatan ni dpt hasil kan lbh krg 10bj cupcakes..

Bahan A:
125gm tepung gandum
1/4 sdk baking powder
1/4 sdk garam
10gm serbuk koko
* Semua bahan ni diayak bersama

Bahan B:
60gm mentega
150gm gula caster
1 bj telur
1 sdk esen vanilla

Bahan C:
120ml buttermilk (kalau x de, susu segar di campur 1 sdb cuka dan biarkan selama 15minit)
2sdb pewarna merah

Bahan D:
1/2 sdk cuka
1/2 sdk baking soda

Untuk Cream Cheese Frosting:
110gm cream cheese
1/2 sdb esen vanilla
30gm gula icing
80gm whipping cream
*Pukul semua bahan ini sehingga kembang.

Cara buat:
  • Pukul bahan B hingga kembang
  • Campurkan buttermilk dgn pewarna merah
  • Masukkan bahan A selang seli dgn bahan C. Bahan A mesti awal dan akhir (A - C - A - C -A)
  • Kaup balik adunan
  • Campur cuka dengan baking soda. Biarkan berbuih. Cepat-cepat masukkan dalam adunan kek
  • Tuang adunan ke dlm mangkuk kertas
  • Bakar pada suhu 150 celcius selama 30 - 40 minit. 
  • Bila kek sejuk, boleh hias dgn cream cheese frosting.






Lepas jek rasa red velvet cupcakes ni..suddenly jatuh cinta la plk!!sedap wooo..dia pnye tekstur mmg moist..ada rs coklat n creamy2 sket..dlm ms terdekat ni mmg nk wt 2nd batch la..heheheee

Monday, November 7

Ayam Masak Sup Mamak Style (sup pekat)

sup ni sbnr nye sesuai utk daging, tulang, gearbox dan daging2 yg seangkatan dgn nya..sbb sup ni lebih power kalau di masak lama (utk kepekatan yg lg marbeless...) Tp dlm resepi ni aku gunakan ayam jek..ayam ni bkn ape..klu msk lama daging nya akn hancur..sup ayam ni aku wt utk bara'an hari raya aldilfitri aritu..so mmg x tggl belen n x pyh pns kan 2 3 kali pun sbb licin dlm sekelip mata...hahahaa..

Bahan-Bahan:
1 bj bawang besar + 7 bj bwg kecik + 5 bj bwg putih + 1 inci halia (blender)
rempah tumis / sup bunjut
2 senduk rempah sup - dicampur dgn sedikit air (aku suka bli yg timbang, ada jual kt pasar)..kalau xde, pakai jenama adabi ke babas ke..ape2 pun boleh, janji nama dia REMPAH SUP
1/2 ekor ayam (di potong kecik) / 1kg daging
1 sdb tepung gandum + dicampur dgn sedikit air
2 - 3 gelas air
Garam
Daun sup + daun bwg
Bwg goreng

Cara Buat:
Tumis semua bahan blender hingga garing. Masukkan rempah tumis dan rempah sup.  Tumis hingga naik bau. Masukkan air dan didihkan. Masukkan ayam dan didihkan lagi. Masak sekurang2 nya setengah jam.  Kalau gunakan daging, masa yg lbh lama diperlukan (sekurang2 nya 2 jam). Gunakan api perlahan.  Periuk hendaklah ditutup rapat. Kemudian masukkan tepung gandum. Masukkan garam secukup rasa, Kemudian, boleh lah taburkan daun sup + daun bwg + bwg goreng. Sedia utk di hidang. Sedap di makan bersama roti atau nasi. Kalau kt johor ni ada sambal kicap. Bubuh lagi sambal kicap..huh...mmg mkn x toleh kiri kanan laaa!!!!

Lontong Goreng

hari raya haji br sj berlalu..n kalau ada lebihan nasi impit tu jgn di buang..cuba resepi ni..mudah + ringkas + sedap dan enak!!(dunno what else to describe..) sbb resepi ni tersangat la mudah tp hasil nya...mamma miaaaa..hehehee

Bahan-bahan:
500gm nasi impit
200gm daging / ayam cincang
5 bj bwg kecil + 3 bj bwg putih (ditumbuk halus/diblender)
5 sdb  lada kering blender
1 sdb sos cili
1 bj telur
Garam dan gula secukup rasa
Daun bawang + daun sup (hiris halus utk di tabur)

Cara buat:
Tumis bwg dan lada blender hingga garing. Masukkan sos dan daging cincang. Masak hingga daging empuk. Masukkan nasi impit dan gaul rata. Kemudian pecahkan telur. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Selepas itu, boleh lah di angkat dan hiaskan dgn daun bwg dan daun sup.



Like i said before..memasak ni x susah..remember..U ALWAYS GOT TIME FOR A GREAT MEAL!! :) selamat mencuba...

Spagetti Bolognese

Segala bentuk spagetti mmg jd kegemaran..one of them is..spagetti bolognese..




Bahan-bahan: (saiz hidangan 2 -3 org)
1/2 paket spagetti
200 gm daging cincang
1 bj bawang holland (di potong kecil dan bentuk dadu)
1 sdk black paper - di tumbuk halus
1/2 sdk serbuk daun basil
1 helai daun bay
3 sdb lada kering blender (tekak melayu..jd kasi pedas sket..)
1/2 tin sos spagetti (selalu pakai brand Kimball je..)
3 sdb minyak zaitun
3 sdb serbuk keju parmesan
garam dan gula secukup rasa

Cara buat:
Rebus spagetti sehingga lembut. Ketepikan. Panaskan minyak zaitun dan masukkan bwg holland. Tumis hingga garing. Kemudian masukkan lada kering dan tumis lagi hingga garing. Masukkan sos spagetti dan didihkan sedikit. Selepas itu masukkan daging cincang dan masak hingga empuk. Masak lebih kurang 20 -30 minit. Kalau kering, masukkan air sedikit. Masukkan black paper, daun bay dan daun basil. Masak dgn api perlahan. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Bila semua telah sebati dan kering, tutup api. Selepas itu boleh lah di letakkan di ats spagetti. Tabur kan keju parmesan dan sedia utk di makan...:)

Friday, November 4

Coney Dog - my own receipe

oleh krn kt bt pht x de a&w..maka klu g kl..msti singgah r n r jejantas kt ayer keroh bli coney dog..so..bile tekak tringin jgk nk mkn..aku reka je sndri..hahahaa..as i said b4..dapur tu tpt aku berkarya..so..ni adlh satu satu hasil kreativiti n karya aku..chewwaaahhh!!



Bahan-bahan:
100 gm daging cincang
2 keping roti
2 btg hot dog
1/2 bj bwg holland - di racik halus
3 - 4 sdb sos bbq
1 sdb blackpaper - di tumbuk
1 sdb sos cili
mayonis
garam dan gula secukup rasa

Cara buat:
Rebus hotdog kemudian ketepikan.Tumis bwg holland hingga naik bau. Kmdn, masukkan sos bbq, sos cili dan black paper..masukkan daging dan tumis hingga dgg masak..klu kering blh tmbh air..Masukkan garam dan gula secukup rasa..Kmdn blh la belah roti di bhgn tgh dan msk kn hotdog dan bhgn ats nya ltk kan daging cincang tadi. Hias dgn mayonis dan sos cili..enjooyyy...:)

Meatball Spagetti

meatball spagetti ni kira cam karya agung aku nih..hahahaa..sbb ape aku ckp cmtu??sbb meatball tu aku wt sndri..x pakai ready made pnyaa aaa...okey...layannnzzzz resepi karya agung aku neeehh...

Bahan A - Meatball:
1 paket daging cincang
80gm serbuk roti (bread crumb)
1 sdk black paper (tumbuk halus)
Daun basil (serbuk kasar)                                      
1 bj kuning telur
Garam
 # semua bahan ni digaul rata, dan bentuk kan bulat-bulat..

Bahan B - Kuah spaghetti:
Bwg holland (potong kiub – kecil2)
5 sdb cili kering (di blender)
1 botol sos spaghetti
Bay leaves
Black paper (tumbuk kasar)
Garam
Gula

Cara buat: Goreng bhn A dgn menggunakan minyak zaitun hingga garing dan kekuningan. Angkat dan ketepikan. Dgn menggunakan minyak menggoreng daging, tumis bwg Holland hingga garing. Masukkan cili kering dan tumis lg hingga garing. Masukkan sos spaghetti dan didihkan. Masukkan bay leaves, black paper dan meatball.Perlahan kn api.masak sekurang2 nya ½ jam.klu kering tmbh air. Msk kn garam dan gula. Tabur kan daun ketumbar.








Sangaaaattt shedaaappp okaayyyyy!!!!enjoyyy..

Daging Masak Paprik

daging masak paprik...uuuhhhh..mmg best!slalu klu mkn kt kedai..kdg2 daging dpt ciput je..huhuhuu..puas ati msk sndriiii...hehehee..haaa...lusa dah raya korban..klu dpt daging tu..blh jgk wt masak paprik cenggini..:)


mamma miaaa....

Bahan-bahan..
  1. 1/2 kg daging ros/btg pinang..nak dpt potongan nipis2 cm dlm pic ni..aku suggest frozen kan dulu dgg..jgn tunggu cair br nk ptg..dlm keadaan daging tu masih beku..agk2 dh boleh ptg..ptg aje..time beku ni sbnr nya lg sng nk ptg nipis.
  2. 5 btg kacang panjang - di potong
  3. 1 biji bawang besar - di hiris 
  4. 2 biji lada merah - di hiris
  5. 2 helai daun limau purut
  6. 3 sdb lada kering yg di blender
  7. 4 - 5 sdb sos cili
  8. 3 sdb sos tiram
  9. 1 sdb kicap pekat
  10. 1 - 2 cwn air
  11. 2 helai daun limau purut
  12. garam dan gula
Cara buat:
Daging di goreng terlebih dahulu. Aku suka guna daging ros..sng n cpt empuk..bile daging dah kekuningan angkat dan ketepikan. Dgn menggunakan minyak bekas menggoreng daging tadi, tumis bwg besar dan lada merah hingga layu. Masukkan lada kering, sos cili, sos tiram dan kicap pekat. Gaul rata. Masukkan daging dan  masukkan air. Masak sehingga air kering atau kuah menjadi pekat. Masukkan daun limau purut, garam dan gula. Siaappp!!!

Thursday, November 3

Ayam Asam Pedas

resepi ni pun peberet incek hubby..org johor ni klu x mkn asam pedas dlm seminggu mau gigil..heheheee..ayam asam pedas ni mmg best!!resepi hasil kreativiti aku sendri..dulu ms memuler kawen, mmg out klu wt asam pedas..sbb ms skolah dulu..pnh ada 'nightmare' dgn asam pedas..phm2 je la..dok asrama..rupe asam pedas tu x tau nk describe cmne..rs dia tok sah citer la..hahahaa..sejak dr tu..mls nk amik port bab msk asam pedas..kawen dpt laki antoo asam pedas..nak x nak..t'pksa study jgk cr nk msk asam pedas yg best..skrg..lps 7 thn kawen..hah!!dh boleh dpt PhD dah bab msk asam pedas neehh!!(perasa'an betoolll)..hehehee


Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam
segenggam lada kering
5 ulas bwg kecik
5 ulas bwg putih
1sdb lada hitam - ditumbuk kasar
1/2 sdk halba
3 btg serai - dititik
1 gelas air asam jawa - x suka pakai asam keping. Kalau nak pakai asam keping pun boleh.Tp hasil nya x gerenti dapat rasa cam asam pedas aku ni..hehehe
daun kesum secukup nya
garam
1 sdk gula


Cara Buat:
Bwg kecik + bwg putih + lada kering di blender. Tumis bahan blender hingga mendidih. Masukan air asam jawa. Masak lagi sekurang-kurang nya 20 minit. Kemudian baru masuk kan lada hitam, halba dan serai. Masukkan ayam dan didihkan lagi. Api kecik je. Masukkan daun kesum, kemudian garam dan gula. Aku akan bubuh gula sket utk balance kan rasa dia..Kalau asam pedas bt pht ni rs dia lebih pedas, klu compare dgn asam pedas muar n melaka..asam pedas nya lbh masam. Dat's why aku letak black paper. Cuba la resepi ni..di jamin..hingga menjilat pinggan!!!!

Ayam Masak Lemak Cili Api Tempoyak

tempoyak????heheheee..musim durian lps mak aku bnyk wt tempoyak..maka aku amik 1 tupperware n simpan je kt tpt frozen..mmg thn lama..so..ini lah hasil mskn drp tempoyak..ayam msk lemak cili api tempoyak. Resepi ni pn sonang je..ikut aku..semua skali aku campak2..pastu..siaaapppp..heheehee

Bahan-bahan:

1/2 ekor ayam - potong kecik & goreng dulu
4 - 5 ulas bawang merah kecik
3 ulas bawang putih
10 biji cili api (ikut suke..klu nk xtra pedas..tambah le lg..)
1/2 inci kunyit hidup
3 - 4 sdb tempoyak
2 btg serai - di titik
2 cwn santan pekat
minyak utk menumis dan menggoreng
garam

Cara Buat:
1) bwg kecik + bwg putih + kunyit + cili api di tumbuk.
2) tumis bhn2 tumbuk..bila dah garing, masuk kan tempoyak dan tumis lagi hingga naik bau.
3) masukkan santan pekat. Masak hingga mendidih dan masukkan ayam dan serai.
4) masukkan garam secukup rasa. Masak hingga kuah sebati dengan ayam..



Cotton Soft Japanese Cheese Cake

Kek ni mmg peberet aku!!tekstur nye sangat la lembut..klu masuk dlm mulut..rs dia cair kat dlm mulut tau..giteww skali aku pnye fanatik pd kek ni..ahaksss..resepi ni pn memuler mntk dgn kwn adik aku..x konfiden jgk nk wt memuler tu sbb teknik nk bkr dia tu cm ssh je..tp bile dah study bebetul..x de la ssh pun..time nk bakar kek ni kena guna teknik 'au-bain merie' atau waterbath..nnti aku tunjuk pic cmne ghuper nye waterbath tu..




Bahan A:
  • 250g cream cheese
  • 50g butter
  • 100 ml susu segar (fresh milk)
  • 6 biji kuning telur
  • 1 sdb jus lemon
  • 1/4 sdk garam
  • 60g tepung kek / tepung superfine
  • 20g tepung jagung (cornflour/cornstarch)
Bahan B:
  • 140g gula (granulated sugar)
  • 6 biji putih telur
  • 3/4 sdk jus lemon
Cara-cara
  1. Utk adunan A: Cairkan cream cheese, butter & susu dgn teknik double boiler. Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu td. Kemudian, campurkan ke dlm adunan c/chs td dgn tepung, tepung jagung, kuning telur, garam & jus lemon ke dlm adunan cream cheese & gaul hgga sebati (gaul guna senduk kayu sj).
  2. Utk adunan B: Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama jus lemon, sampai berbuih2 (foamy). Lepas tu, tmbhkan gula & pukul lagi sampai bertanduk (soft peak).
  3. Campurkan adunan Bahan A td ke dalam adunan Bahan B yg dah gebu tu & kacau smpai sebati. Sediakan tin/bekas kek yg bulat berukuran 8 inci, yg digriskan bwhnye & tepi tu salut dgn kertas baking. Tuang adunan kek dlm tin kek.
  4. Bakar kek dlm kire2 sejam, dgn cara au bain-marie (waterbath), pd 160 degrees C / 325 degrees F. Pd sesapa yg kurang pasti waterbath tu cmner, buatnye simple jer. Lepas letak adunan dlm dlm tin kek, balut bwh hgga sparuh tinggi tin kek dgn aluminunium foil. Then, letak tin kek tu atas dulang pembakar, pastu tuang air panas atas dulang pembakar, preferably ½ tinggi tin kek tu, lepas tu letak ler dlm oven then bakar ler, tu aje).


Ni la teknik waterbath tu..sorry..pic oven huduh..rembat oven mak aku..hahahaa..oven pusaka...hehehe



Dah tengok ni..sila2 la cuba..kek ni mmg sedap!!lbh2 lg pd cheese lover..nyummmmm..

Chilled Blueberry / Strawberry Cheese Cake



Cheese cake ni mmg jadi kegilaan..kalau abg angkat aku nk dtg dr singapore..awl2 lg dia dh  request cheese cake ni..mmg dia boleh bedal mkn srg2 ini kek..heheehee..kalau x silap..sumber resepi ni aku amik dr cik Hana Resepi nya mudah jgk sbb x pyh nak bakar2 pun..masuk dlm fridge..biarkan semalam..esok dh boleh mkn..

Bahan-bahan A
  • 250 gm biskut mudah hadam(merie or etc) - letak 200g je
  • 125 gm mentega tanpa garam - letak 100g
Bahan-bahan B
  • 200 ml krim putar(whipping cream)
  • 250 gm krim keju (cream cheese)
  • 165 gm gula kastor - letak 150g
  • 1 sudu besar jus lemon
Bahan-bahan C
  • 15 gm gelatin halal
  • 100ml air
  • >> campurkan air dgn gelatin atas double boiler dan sejukkan selama 5 min
Topping
  • Blueberry topping secukupnyer
  • Jus lemon
  • Gula caster
  • Sedikit air - campur sedikit gelatin 1/2 sudu kecil

Cara-cara
  • Hancurkan biskut sehingga jadi serbuk.. Kalau sy,senang pki loyang ‘springfoam’ yg bwh dia blh jadi tapak tu. Just bukak klip kt tepi dia dan angkat. Klu x de,blh pakai loyang biasa dan  alas dengan plastik wrap atau kertas minyak supaya mudah utk dkeluarkan.
  • Cairkan mentega. Tuangkan mentega ke dlm bekas berisi biskut tadi. Kacau rata.Tekankan adunan biskut ke dalam loyang sehingga menjadi rata dan padat.Sejukkan dlm peti ais selama lebih kurang 30 minit agar ia menjadi keras.
  • Pukul krim putar sehingga pekat dan gebu.Ketepikan.
  • Pukul krim keju bersama-sama gula dan jus lemon sehingga sebati.Setelah itu masukkan gelatin yg telah di double boilerkan dengan air tadi dan gaul lagi sehingga sebati.
  • Kemudian tuangkan bahan ini kedlm bekas yg berisi krim putar tadi dan gaul rata dgn menggunakan whisk.
  • Keluarkan adunan biskut dlm peti ais.Tuangkan adunan krim cheese td keatas adunan biskut. Sejukkan di dalam peti ais sekurang2nya 2-3 jam.
  • Buat topping dgn mencampurkan bhn topping semua sekali, apabila telah mendidih,tutup api. Sejukkan. (buat kaedah double boiler gune jem je)
  • Tuangkan kuah topping hingga habis. Sejukkan semula.
  • Potong bar ikut suka dan hidangkan.



    Blueberry Cheese Cake

    Yang ni..strawberry cheese cake plk..

    Onion Rings

    Hmmm..this is another 1 simple n easy receipe from me..dpt resepi pun korek2 kt youtube..aritu wt ms open house..org igt sotong..hehehe..pastu bile aku ckp itu bwg..ada srg pakcik tu trs bersemangat nk beli seguni bwg mntk bini dia wt cm yg dia mkn kt umh aku..hahahaa..okeyyy..ini resepi nyee..

    Bahan-bahan:

    5 biji bawang holland. Kupas dan potong bulat2, jgn terputus. Ambil bahagian ats hingga tengah, cerai2kan lapisan bwg tu.
    1 cwn tepung goreng rangup kentucky / tepung goreng Nona, atau ape2 brand pun bole..Larut kan dengan air dgn kepekatan sederhana.
    1 cwn serbuk roti / bread crumb - letak di dalam pinggan leper

    Cara-cara:
    Celupkan bawang holland tu ke dalam tepung goreng rangup. Kemudian golek kan di ats bread crumb..Pastu boleh lah di goreng. Goreng deep fry ye..Bile kekuningan angkat..dan siap utk di makan!!



    Pancake

    Resepi ni simple je..sedap n senang di sediakan..cuma perlu ada non stick pan shj..confirm menjadik!ok..ni resepi nya..

    Bahan-Bahan: (dengan sukatan ni dapat buat 6 - 8 keping pancake)

    6 sdb tepung gandum
    1 sdk baking powder
    1/4 sdk soda bikarbonat
    1 bj telur ayam
    1 sdb susu pekat + 1 cwn air / boleh ganti dgn 1 cwn full cream milk + 2 sdb gula
    1 sdb marjerin - di cairkan (msk dlm microwave je sng..)
    1 sdk garam

    Cara buat:
     1) Ayak tepung gandum +baking powder + soda bikarbonat.
     2) Masuk kn telur ayam + susu ke dlm adunan. Gunakan ballon whisk, dan kacau rata. Pastikan adunan tidak terlalu pekat atau terlalu cair. Masukkan margerin dan garam. Kacau rata.
    3) Panaskan non stick pan. Tak perlu minyak. Masukkan sesenduk adunan ke dlm kuali. Lihat jika sudah ada buih di atas permukaan adunan, boleh lah diterbalikkan pancake itu.





    Pancake ni sedap di makan dgn madu + butter. Yang terbaru aku cuba mkn dgn homemade strawberry sauce..Sangat la enak..Pancake ni sesuai di mkn bile2 masa..BLT food kata Racheal Ray..BLT tu mksudnya..mknn ni blh di mkn x kira waktu breakfast, lunch ataupun dinner!!:)

    Wednesday, November 2

    Sup Gearbox Kuah Merah (Bone Steak)

    1st time mkn sup ni ms kt Singapore..mmg sedap!!kuah dia rs mcm kuah Mee Racun (kt Batu Pahat je ada mee ni..)..nk rs mee racun meh le dtg BP..hehe..eh, melalut plk..back tu our topic..resepi sup gearbox kuah merah atau dikenali sbg sup Bone Steak ni berasal dr Singapore..Sup ni..mmg sedap.Resepi aku di olah hasil drp sumber aku dpt dr internet..tq mamasya for this great receipe..



    Bahan-bahan:
    1 kg gear box
    3 ulas bawang merah
    5 ulas bawang putih
    1 labu bawang besar-*sweet onion
    1 inci halia
    1/4 inci lengkuas
    5 sdb cili kering yg dah blender 

    5 sdb tomato puree
    4 biji buah tomato-potong 4
    buah pelaga
    bunga lawang
    lada hitam-banyakkan skit lagi sedap.
    kulit kayu manis 
    daun sup - tabur
    bawang goreng -tabur
    limau kasturi - utk perah time nak makan.
    minyak masak-secukup  menumis bhn2 di ats
    air utk merebus tulang - sukatan; memadai klu tulang dah tenggelam
    1 btg carrrot-*optional
    1 biji telur / kentang rebus yg dilenyek (boleh pilih salah satu utk pekatkan kuah)



    Cara Buat:


    1) Blend cili kering+bawang merah+bawang besar+halia+lengkuas.
    2)Tumis bahan blend tadi berserta tomato puree, rempah ratus -buah pelaga+kayu manis+bunga lawang+cengkih.
    3) Kemudian, masukkan gear box yang dah dibasuh.+ air biar agak-agak tenggelam gear box itu.
    4) Didihkan biar empuk..agak nak empuk masukkan carrot dan buah tomato. 

    5) Untuk memekatkan kuah, boleh lah msk kn telur / kentang rebus yg telah dilenyek.
    5) Then baru taburkan ngan bawang goreng tadi berserta daun sup.
    6) Time nak makan perahkan limau kasturi sket.



    Lagi....lagi...tgk sambil lap air liur okey....hahahahaa






    Cuba jgn x cuba...manyak shedap oooo..korang wt..kompom..makin syg laki kt u'ollss tauuu..hehee

    Udang Goreng Butter

    Korek2 kt fb..tertengok pic udang ni..yum..yum...esok cm nk g psr g beli udang..blh wt udang goreng butter..dulu pnh buat skali..tp sarang dia x jd..udang goreng butter ni yg menjadik kn dia 'happening' adlh SARANG dia tuu..ada sikit teknik yg perlu di gunakan utk buat sarang udang butter ni..x susah mana pun..ok, sila tgk resepi kt bwh n cara2 buat nye ye..

    15 ekor udang pici
    2 sdb kunyit
    secubit garam
    5 biji cili api - potong kecil
    5 helai daun kari
    2 biji kuning telur - dipukul
    1sdb butter
    1 cwn minyak - utk menggoreng

    Cara Buat:
    1) Lumurkan udang pici dengan kunyit dan garam. Panaskan minyak dan goreng udang. Goreng hingga udang bertukar warna merah (dalam 8-10 minit). Sebelum udang diangkat, masukkan cili padi dan daun kari. Gaul kan dengan udang dan goreng sebentar (2-3 minit).Angkat dan ketepikan.
    2) Untuk membuat sarang; Tinggalkan minyak bekas menggoreng udang dalam anggaran 1/2 cwn shja. Pns kn minyak dalam 3/4 panas. Masukkan butter hingga cair. Kemudian tutup kan api.
    3) Kuning telur yang telah dipukul tadi di masukkan ke dalam bekas roti jala. Tangan kiri memegang bekas roti jala, manakala tangan kanan memegang garfu. Kacau kuning telur dalam satu arah. Dia akan jadi bertali halus. Goreng dan masak hingga garing. Kemudian angkat dan toskan. Selepas itu, boleh lah di gaulkan dengan udang tadi..


    Cottage Pie

    Tak tau nk describe cmne rs mknn ni..tgk pic je dah meleleh..hehehehee..kejam kan aku??Ni kes terlebih inspired bile tgk Food Channel Network HD..racheal ray..barefood contessa n paula dean mmg jd peberet chef aku..resepi ni drp Racheal Ray 30 Minutes Meal..paling suke dia ckp..REMEMBER..U ALWAYS GOT TIME FOR A GREAT MEAL..hmm..mksud nye..sesibuk mana pn kita..ttp ada ms kt dpr..msk ni x susah pn klu tau teknik n cara yg betul..chewah!! Ok, but before this nk bgtau, kalau guna daging LEMBU utk wt pie ni nama nye COTTAGE PIE. Tp klu korang nk guna daging KAMBING pn bole, tp nama dia pn tuka jd SHEPHERD PIE..;)

    Maka dgn ini..aku mempersembahkan..COTTAGE PIE untuk tatapan korang..



    Bahan-Bahan:


    Bhn A:
    400gm daging cincang (ramly)
    1 tin cendawan butang - potong kecil
    1 ulas bwg holland - potong kecil
    2 sudu pes tomato
    3 sudu sos bbq
    daun ketumbar
    garam
    1 sudu gula

    Bhn B:
    5 bj kentang
    5 sudu cheddar cheese - di parut
    1 bj kuning telur
    1 sudu butter
    blck paper

    Cara Buat:
     1) Rebus kentang dgn secubit garam hingga empuk.bila empuk, angkat dan ketepikan.Air rebusan jgn di buang.Lenyekkan kentang dan dicampur dgn cheese, telur, butter dan blck paper. Ketepikan.
    2)  Tumis bwg holland hingga garing. Masukkan pes tomato dan sos bbq. Masuk kn daging. Tumis hingga empuk. Masukkan air rebusan kentang ke dlm daging. Masak lg hingga hampir kering, kemudian masuk kn cendawan butang. Masukkan garam dan gula. Masak hingga kering. Sebelum tutup api, masukkan daun ketumbar. Ketepikan.
    3) Dlm bekas utk membakar, letakkan daging di bahagian bawah. Lapis kn dgn kentang yg dah di lecek td. Letak kn cheese di bhgn ats. Bakar pd suhu 200 celcius selama 30 minit hingga kekuningan.



    Lapisan bawah..(daging cincang + cendawan)

     Lapisan kedua - kentang yg di lenyek bersama cheese, butter dan kuning telur.

     Lapisan atas - extra cheese + butter + blackpaper (siap utk dibakar)

    Hasil selepas kuar dr oven...


    SELAMAT MENCUBA!!

    Moulten Hot Lava Chocolate Cake

    Sebab terminat kat hot lava cake ni..cube2 surf kt youtube cmner nk buat..kalo x nk kna g ayamas x pun kt pizza je blh dpt..hmm..hasil wt sndri..mmg puas ati..hehe..resepi nye sgt la senang..cuma nk kena jg jgn overbaked je..utk dpt hot lava cmni..gini cara-cara nyaa...



    Bhn2..

    1 keping dark chocolate bar
    100gm buttercup
    3/4 cwn gula caster
    3 biji telur
    4 sudu tepung gandum
    1 sudu coklat emalco / 2 sdk serbuk koko (Van Houten)

    Cara Buat:

    Cairkan coklat masakan dengan butter (double boil). Dalam bekas lain, pukul telur dengan gula castor hingga kembang (guna balloon whisk je. tak digalakkan guna mixer sbb akan menghasilkan belon angin yg banyak pd adunan..) Kemudian masukkan coklat emalco / serbuk koko. Masukkan coklat dan butter yg telah dicairkan ke dalam adunan telur dan gula. Masukkan tepung gandum dan gaul rata. Gaul bhn2 ni guna senduk kayu je ye..gaul kan sekadar adunan sebati..DO NOT OVER MIX .. x yah nk pukul adunan bagai nk gile mcm nk wt bahulu ye..hihihii..Kemudian, masukkan dalam bekas remikin. Bakar dgn suhu 180 darjah celcius selama 10-20 minit.

    Camni rupe kek bile keluar oven..



    Keluarkan kek dari remikin, telungkup kn di ats pinggan dan taburkan gula icing..


    Kemudian boleh hiaskan dengan ice cream vanilla..


    Dan hasilnyaaaa.....


    NYUM....NYUMMMMM....cube tgk lava dia..hehehee..menggiurkannnn..

    Entah kali ke brp dah wat hot lava cake ni..hehehee..sila layan pic yg menggegar kan tekak kt bwh ni ok..;p