More Pics @ MySpaceAntics.com
More Pics @ MySpaceAntics.com


Monday, November 7

Spagetti Bolognese

Segala bentuk spagetti mmg jd kegemaran..one of them is..spagetti bolognese..




Bahan-bahan: (saiz hidangan 2 -3 org)
1/2 paket spagetti
200 gm daging cincang
1 bj bawang holland (di potong kecil dan bentuk dadu)
1 sdk black paper - di tumbuk halus
1/2 sdk serbuk daun basil
1 helai daun bay
3 sdb lada kering blender (tekak melayu..jd kasi pedas sket..)
1/2 tin sos spagetti (selalu pakai brand Kimball je..)
3 sdb minyak zaitun
3 sdb serbuk keju parmesan
garam dan gula secukup rasa

Cara buat:
Rebus spagetti sehingga lembut. Ketepikan. Panaskan minyak zaitun dan masukkan bwg holland. Tumis hingga garing. Kemudian masukkan lada kering dan tumis lagi hingga garing. Masukkan sos spagetti dan didihkan sedikit. Selepas itu masukkan daging cincang dan masak hingga empuk. Masak lebih kurang 20 -30 minit. Kalau kering, masukkan air sedikit. Masukkan black paper, daun bay dan daun basil. Masak dgn api perlahan. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Bila semua telah sebati dan kering, tutup api. Selepas itu boleh lah di letakkan di ats spagetti. Tabur kan keju parmesan dan sedia utk di makan...:)

No comments:

Post a Comment